Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000
Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.
Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2
Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima
Ketumpulan Penyerang?
Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).
'The Unlucky Maxi'
Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.
SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim
Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.
Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...
Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!
undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City
Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield
Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2
Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.
Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)
Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...
29 Januari, 2012
FA: LFC 2 Man United 1.... satu lagi Manchester ditunjuk jalan keluar!
Malam tadi kita semua bergembira, manakala penyokong2 untuk kelab Manchester, tak kirelah City atau United sudahpun berputih mata untuk semua kejuaraan (Piala Liga, Piala FA, Champion League) di bulan Januari ini. Setelah mengecewakan Manchester City awal Khamis lepas di dalam Carling Cup, malam tadi Manchester United pula terpaksa menelan kepahitan bahawa Anfield adalah 'neraka' bagi mereka, di dalam pusingan ke-empat Piala FA.
King Kenny melakukan rombakan, sedikit mengejutkan apabila meletakkan formasi 5-3-2, di mana Carragher dan Kelly kembali di dalam barisan pertahanan manakala meletakkan Carroll dan Maxi di bahagian hadapan. Reaksi macam biasa lah, "apa formasi ni? taknak menang ke?" but well, itulah King Kenny. Hanya dia tahu apa yang hendak direncanakan. Hasilnya, kita mendahului melalui tandukan Agger hasil sepakan sudut pada minit ke-21. Namun, Park Ji Sung menyenyapkan kita seketika melalui first timer 5 minit sebelum separuh masa pertama berakhir. King Kenny kemudian memasukkan Adam dan Kuyt pada pertengahan separuh masa kedua dalam proses memberi tekanan kepada pasukan pelawat. Dan ketika 2 minit sebelum berakhir, Dirk Kuyt menjaringkan gol yang sangat penting kepada kita untuk membawa kita ke pusingan kelima.
Memang puas hati. YNWA
Skuad: Reina, Kelly, Skrtel, Carragher (Adam), Agger, Jose Enrique, Henderson, Downing, Gerrard (Bellamy), Maxi (Kuyt), Carroll
28 Januari, 2012
Piala FA: misi mengecewakan satu lagi Manchester!
27 Januari, 2012
Wembley... kami datang!
Akhirnya, penantian 16 tahun kita untuk ke Wembley berakhir, dan tidak sia-sia bagi kita di Malaysia yang bersengkang mata awal pagi Khamis lalu bagi meraikan satu lagi sejarah yang bakal tercipta - kejuaraan ke-8 Piala Liga atau Carling Cup. Namun laluan itu bukan mudah, kerana bukan sekali... malah 2 kali kita didahului sebelum kita berpesta di Anfield.
Manchester City mendahului dengan jaringan Nigel De Jong pada minit ke 31 melalui satu rembatan jauh, namun disamakan oleh kapten Gerrard 9 minit berselang. Menariknya, inilah kali kedua Joe Hart ditewaskan oleh Gerrard berturut-turut. "Kau ada?" Edin Dzeko menjaringkan gol pendahuluan pada separuh masa kedua sebelum Craig Bellamy menyamakan kedudukan pada minit ke 74, cukup untuk memberi kelebihan agregat sehingga wisel penamat.
Ini merupakan peluang terbaik buat kita menamatkan kemarau trofi kejuaraan, yang kali terakhir kita perolehi pada Piala FA 2006. Sekalipun lawan kita adalah Cardiff City, namun itu bukan bermakna kita harus bermain sambil lewa. 26 Februari bakal melakar sejarah buat kita. YNWA
23 Januari, 2012
Statistik: Perbandingan pungutan mata LFC selepas 22 perlawanan dalam 11 musim terakhir
2002-2003 : 34 mata , 7th place -Houllier
2003-2004 : 33 mata , 5th place -Houllier
2004-2005 : 37 mata , 5th place -Benitez
2005-2006 : 45 mata , 3rd place -Benitez
2006-2007 : 40 mata , 3rd place -Benitez
2007-2008 : 40 mata , 5th place -Benitez
2008-2009 : 47 mata , 2nd place -Benitez
2009-2010 : 37 mata , 6th place -Benitez
2010-2011 : 26 mata , 13th place -Hodgson/Dalglish
2011-2012 : 35 mata , 7th place -Dalglish
Ramai yang sudah mula mempertikaikan kredibiliti King Kenny apabila kita melalui beberapa keputusan perlawanan yang mengecewakan. Di atas disertakan statistik pungutan mata bagi LFC selepas 22 perlawanan liga. Pungutan 35 mata bukan yang terburuk pernah kita perolehi, malah kalau diikut dari rekod 11 musim terakhir, ini adalah yang ketujuh terbaik (dan sudah tentulah yang terburuk pada musim lepas di mana kita hanya mampu mengutip 26 mata). Saya bukanlah nak cakap diri saya pro King atau tidak, tetapi kita masih ada ruang untuk improvement.
Dengan berbaki 8 hari lagi untuk menambahkan pemain dalam perpindahan Januari, harapnya King Kenny akan dapat merekrut beberapa pemain baru terutamanya bahagian serangan supaya kita akan mencapai hasrat untuk kembali ke Champion League dan yang penting, status 'kuasa 4" dalam Liga BPL.
All the best. YNWA
22 Januari, 2012
Warrior Sports utk LFC bermula 2012/2013
Bila Kolam Hatiku ditelan Taman Bolton 1-3
Bukan main lagi King Kenny marah... Harap player2 dapat iktibar.... YNWA
21 Januari, 2012
PL: Bolton lwn Liverpool
22 Januari (Ahad)
1:30 pagi
Astro 817
Haa... jaga-jaga kau Kenny, Ngog menantimu di Stadium Reebok. Jangan cakap besar dulu Ngog sebab kau nanti bakal berhadapan dengan Skrtel dan Agger = hasil kena takuk la jawabnye. Tapi aku sebenarnya tak berapa kisah pasal Ngog pun sebab yang dirisaukan adalah prestasi team Liverpool time lawan kelab2 mid table dan bawah. Tak tau la badi ke ape musim ni, mesti struggle gile let say if menang sekalipun.
Memang tak dinafikan for past 2 season kita menang kat Reebok, tapi sekarang ni kite harus tunggu apakah taktikal yang bakal diguna oleh King Kenny nanti. Aku expect Bellamy akan start malam ni as lone striker, Gerrard, Spearo dengan Adams kat midfield (Gerrard as attacking mid belakang Bellamy), pastu Downing dengan Hendo. Macam biasa lah bila dah ada abam Gerrard, kemungkinan besar akan main taktikal 4-2-3-1. Tapi sebarang perubahan, better korang refer kat King Kenny.
Yang penting, aku harap pagi esok kita menang. Nak top four kan? haaa....
13 Januari, 2012
Gerrard untuk LFC selamanya
Kapten merangkap bintang legenda kita, Steven Gerrard, telah menandatangi lanjutan kontrak jangka panjang, dalam tempoh 24 jam selepas membantu kemenangan kita di Stadium Etihad awal pagi Khamis lepas.
"Ini adalah kelab yang saya sayangi dan sokong ketika saya masih muda. Saya mendokongi impian untuk menjadi ketua pasukan kepada salah sebuah kelab yang terbesar di dunia. Saya amat teruja untuk hadir setiap hari dan juga pengalaman yang saya perolehi semenjak saya berusia 8 tahun lagi, iaitu kali pertama saya ditandatangani bersama kelab ini, yang tidak akan saya ubah selamanya, saya ingin melanjutkannya dan berharap dapat memperoleh kejayaan melalui jersi merah (Liverpool) ini, adalah sesuatu yang saya ingin selalu capai"
Lanjutan kontrak ini juga membawa kepada tugasan duta Liverpool FC selepas beliau menggantung but kelak. Ini turut bermakna kita akan memperoleh khidmat Gerrard selamanya. Terima kasih, captain fantastic
30 FAKTA MENARIK STEVIE G YANG HARUS KITA TAHU
1. Lahir di Whiston pada 30 Mei 1980 atas nama Steven George Gerrard. Memulakan karier bersama Whiston Juniors dan bakatnya dikesan oleh Liverpool pada usia 8 tahun.
2. Menyertai Liverpool pada 1988 dan menandatangi kontrak profesional pertamanya pada 1997 ketika berusia 17 tahun.
3. Debut bersama LFC sebagai pemain gantian pada 29 November 1998 ketika perlawanan menentang Blackburn menggantikan Veggard Heggem yang cedera ketika perlawanan.
4. Aksi Eropah pertama ketika menentang Celta Vigo dalam Piala UEFA menggantikan Jamie Redknapp.
5. Menjaringkan gol pertama di peringkat senior pada 5 Disember 1999 ketika kemenangan 4-1 ke atas Sheffield Wednesday
6. Dinamakan Pemain Muda Tahunan PFA pada April 2001
7. Menggalas tugas sebagai kapten pasukan dari Sami Hyppia pada 15 Oktober 2003 selepas menandatangani lanjutan kontrak 4 tahun.
8. Ketika dinamakan ketua pasukan Liverpool, beliau menyatakan "saya pernah melihat John Barnes dengan armband captain dan berharap suatu hari nanti akan menggalas tugas demikian untuk pasukan yang saya sayangi"
9. 8 Disember 2004, Gerrard menjaringkan gol penting buat Liverpool yang didahului untuk menumpaskan Olympiakos dan seterusnya layak dari peringkat kumpulan Champion League. Gerrard kemudiannya memberitahu majalah The Times pada tahun 2009 bahawa jaringan tersebut adalah jaringan terpenting baginya, walaupun bukan yang terbaik.
10. Pada 2005, beliau menduduki tangga ketiga undian untuk Ballon d'Or, pengiktirafan tertinggi untuk pemain bolasepak di benua Eropah
11. Dinamakan Pemain Terbaik perlawanan pada perlawanan akhir Champion League 2005 dan seterusnya dianugerah Pemain Terbaik Kelab UEFA pada tahun yang sama.
12. Pada April 2006, beliau menjadi pemain pertama selepas John Barnes pada 1988 yang dicalonkan sebagai Pemain Tahunan PFA.
13. Apabila beliau menjaringkan 2 gol ketika final Piala FA menentang West Ham menjadikan beliau satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan gol dalam 4 perlawanan akhir (FA Cup, League Cup, UEFA Cup dan Champions League)
14. Menjaringkan gol pada penampilan ke 400 beliau bersama Liverpool pada 28 Oktober 2007 ketika menentang Arsenal.
15. Membuat penampilan ke-100 untuk Liverpool dalam pertandingan Eropah ketika menentang Real Madrid pada 10 Mac 2009 dan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.
16. 3 hari selepas perlawanan tersebut, Zinedine Zidane telah mengiktiraf sebagai 'Pemain Terbaik Dunia'. Menurut beliau "Adakah beliau yang terbaik di dunia? Mungkin tidak mendapat perhatian seperti Messi atau Ronaldo, bagi saya dia adalah yang terbaik"
17. Menjaringkan hattrick pertama beliau di dalam Liga Perdana pada 22 Mac 2009 apabila membantu membenam Aston Villa 5-0.
18. Pada 2010, The Guardian menamakan Gerrard di dalam skuad World XI, skuad yang mengumpulkan pemain terbaik dunia.
19. Gerrard menduduki tangga kedua di belakang Kenny Dalglish di dalam undian 100 Players Who Shook the Kop
20. Debut bersama England pada 31 Mei 2000 ketika menentang Ukraine
21. Jaringan antarabangsa pertamanya adalah ketika kemenangan 5-1 England menentang Jerman pada September 2001
22. Penjaring terbanyak England untuk kempen Piala Dunia 2006 dengan 2 jaringan, ketika menentang Sweden dan Trinidad & Tobago.
23. Pada kempen Piala Dunia 2010, Gerrard merupakan satu-satunya pemain paling berpengalaman dengan 80 penampilan buat England
24. Beliau telah dicalonkan sebanyak 6 kali untuk Anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA sepanjang kariernya
25. Membuat 564 penampilan buat Liverpool, yang kesepuluh tertinggi di dalam sejarah. Alan Hansen 620 penampilan manakala King Kenny 515 penampilan.
26. Dan menyumbang 144 gol menjadikan beliau ke-9 tertinggi buat Liverpool, hanya kurang 7 daripada Harry Chambers
27. Beliau dinamakan Pemain Terbaik Football Writers Association pada 13 Mei 2009, menjadikannya pemain Liverpool pertama memenangi anugerah ini dalam tempoh 19 tahun.
28. Beliau menjaringkan satu-satunya gol ketika seri menentang Olympique Marseille pada Champions League, namun menjadikan beliau satu-satunya pemain selepas John Aldridge pada 1989 yang menjaringkan gol dalam 7 perlawanan berturut-turut
29. Beliau telah dipilih oleh Councillors of Knowsley sebagai Freeman of the Borough pada 13 Disember 2007. 2 minggu berikutnya, beliau telah dipilih sebagai Member of the Order of the British Empire oleh The Queen in The Queen's New Year Honours List untuk pengiktirafan di dalam sukan.
30. Menerima pengiktirafan oleh Universiti John Moores Liverpool pada 26 Julai 2008, juga atas pengiktirafan untuk sumbangan di dalam bidang sukan.
12 Januari, 2012
Separuh langkah ke wembley: Manchester City 0 Liverpool 1
Awal pagi tadi kita telah berjaya memperoleh kelebihan yang sangat penting untuk dibawa ke Anfield, dengan menundukkan tuan rumah, Manchester City dengan jaringan 1-0. Terima kasih kepada jaringan penalti kapten fantastic kita, Steven Gerrard, pada minit ke-13, yang kekal sehingga wisel penamat.
Kita bermula garang pada awal separuh masa pertama seawal 5 minit lagi melalui hantaran cantik Downing kepada Andy Carroll, namun ditidakkan oleh ketangkasan Joe Hart. Kemudian sekali lagi kita dikecewakan oleh beliau melalui volley Downing. Namun akhirnya, di hujung sudut kanan gawang Steven Gerrard menyudahkan penalti seterusnya memberikan kemenangan buat kita. Separuh masa kedua, City dilihat lebih garang sehingga 2 pemain pertahanan dimasukkan, namun kita berjaya mengekalkan kelebihan sehingga wisel penamat.
Kemenangan ini bukan bererti sesuatu yang melegakan buat kita kerana kita pasti Mancine akan menurunkan barisan terbaiknya di Anfield pada 25 Januari nanti. Harapnya tuah keramat Anfield akan menyebelahi kita. YNWA
Hail Captain Fantastic!
Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Kelly, Downing (Jose Enrique), Gerrard, Spearing (Adam), Henderson, Bellamy (Carragher), Carroll
11 Januari, 2012
Khabarnya: Ba dan Kalou
Khabarnya, kini kita dikaitkan untuk dua bintang dari Afrika di mana £10 juta untuk memiliki Demba Ba (Newcastle) dan £8 juta untuk Salomon Kalou (Chelsea). Ba yang terbukti mempunyai rekod jaringan yang cemerlang bersama Newcastle mungkin dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Luis Suarez yang kini digantung 8 perlawanan manakala Kalou, juga seorang striker tetapi boleh juga beraksi di bahagian sayap, sesuatu yang bermanfaat buat kita apatah lagi dengan harga belian yang murah.
Separuh Akhir Carling Cup: Manchester City lwn Liverpool
Info Siaran:
12 Januari 2012
3 pagi
Astro 817
Kita akan bertandang ke Stadium Etihad awal pagi nanti untuk pusingan pertama peringkat separuh akhir Carling Cup dengan membawa 2 misi; misi balas dendam atas kekalahan 0-3 tempoh hari DAN juga membawa bekalan selesa di Anfield pada pusingan kedua separuh akhir nanti. Semoga kita berjaya.
Sedikit berita baik buat kita di mana Manchester City akan beraksi tanpa 2 adik beradik Toure (yang berlepas ke Afrika ), David Silva (yang khabarnya mengalami kecederaan, masih 50/50) dan Victor Kompany yang dilayangkan kad merah dalam perlawanan Piala FA Ahad lepas, namun itu bukan petanda mudah yang kita akan menang. Mereka sudah pasti mahu memenangi perlawanan ini di samping mengembalikan kepercayaan penyokong mereka ekoran tewas di tangan Man United.
All the best King's Army. YNWA
Skuad Pilihan Penulis: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Jose Enrique, Adam, Gerrard, Downing, Maxi, Bellamy, Carroll
09 Januari, 2012
Undian Pusingan keempat Piala FA: Liverpool lwn Manchester United
Seperti yang diketahui semalam, kita telah diundi untuk bertemu Manchester United pada pusingan keempat Piala FA. Perlawanan dijangka dilangsungkan pada 28 atau 29 Januari nanti (sebarang informasi akan dikemaskini kelak) dan ini pasti menarik, kerana ia bagaikan ulangan Piala FA musim lepas, bezanya kali ini ia akan berlangsung di Anfield.
satu lagi Manchester yer? Bring Em On! YNWA
07 Januari, 2012
FA: Liverpool 5 Oldham Athletic 1
Penjaring LFC:
Bellamy
Gerrard
Jonjo Shelvey
Carroll
Downing
Sila lihat video highlight di bawah untuk match awal pagi tadi.
06 Januari, 2012
Khabarnya: Darren Bent ke Liverpool?
Khabar angin ini mungkin tidak ada kebenaran, atau mungkin diada-adakan, tetapi sumber dari twitter jurnalis Mirror Football yang mengatakan perjanjian untuk menandatangani Darren Bent ke Liverpool sudah 'selesai' dengan nilai perpindahan £24 juta.
Meskipun saya bukan fan Darren Bent, namun statistik jaringan beliau amat menarik. Di Sunderland, beliau telah meledak 32 jaringan daripada 58 penampilan dan di kelabnya kini, Aston Villa, beliau telah meledak 15 jaringan daripada 32 penampilan. Manakala buat skuad kebangsaan England, beliau telah meledak 4 jaringan daripada 13 penampilan.
Terus terang, saya tidak menjangkakan perpindahan ini akan terjadi namun sekiranya ya, Welcome to Anfield.
FA: Liverpool lwn Oldham Athletic
Info Perlawanan:
7 Januari 2012 (Sabtu)
4 pagi
tiada siaran langsung
Piala FA. Trofi kemenangan terakhir yang kita julang 6 tahun lalu, adakah kita akan mampu menjulangnya musim ini? Awal pagi esok kita akan menanti kehadiran sebuah kelab dari daerah Manchester, iaitu Oldham Athletic. Bagi sesiapa yang tidak tahu, Oldham Athletic pernah menjadi salah sebuah kelab elit ketika lewat 80an dan awal 90an di mana mereka pernah layak ke separuh akhir Piala FA pada 1993-1994 dan juara naib juara Piala Liga (Carling Cup) pada tahun 1990.
Setelah tewas di Stadium Etihad pertengahan minggu ini, harapnya King Kenny dapat merehatkan beberapa pemain utama, apatah lagi selepas perlawanan awal pagi esok kita akan bertandang ke Stadium Etihad sekali lagi pada 11 Januari nanti untuk perlawanan separuh akhir Piala Liga.
Apa yang pasti, sekalipun lawan kita ini hanya sebuah kelab divisyen 3, namun kita tidak harus memandang rendah kerana kita tahu mereka bakal menjadi GIANT KILLER. All the best King's Army, YNWA
Kesebelasan kemungkinan: Doni, Kelly, Coates, Carragher, Aurelio, Shelvey, Spearing, Henderson, Maxi, Kuyt, Carroll
04 Januari, 2012
PL: Manchester City 3 Liverpool 0
Ekoran pengumuman bahawa kita tidak merayu untuk keputusan penggantungan 8 perlawanan ke atas Suarez, King Kenny meletakkan harapan dengan meletakkan gandingan Andy Carroll dan Dirk Kuyt di hadapan. Kita memulakan aksi dengan begitu meyakinkan apabila Downing mempunyai peluang one-on-one dengan Joe Hart namun ketangkasan penjaga gawang England itu menidakkan pendahuluan awal kita. Sebaliknya, kita dihukum dua kali selepas itu apabila Pepe Reina melakukan kesilapan mudah melepaskan 2 gol, hasil jaringan Kun Aguero dan Yaya Toure. Pada separuh masa kedua, apabila King Kenny memasukkan Bellamy dan Gerrard barulah nampak possession mula dikuasai kita, namun seminit berselang apabila Barry dilayangkan kad merah, Manchester City diberi penalti pula dan James Milner mudah menewaskan Reina. Keputusan kekal 0-3 sehingga wisel penamat.
Harapnya King Kenny sudah mula boleh memikirkan untuk membawa masuk seorang penyerang baru dan playmaker atau winger Januari ini kerana tampak kita benar-benar masih belum menyelesaikan masalah itu. Namun, perebutan top 4 masih belum berakhir, kita masih berpeluang. YNWA
Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Adam (Gerrard), Spearing (Maxi), Downing, Henderson, Kuyt (Bellamy), Carroll
03 Januari, 2012
PL: Manchester City lwn Liverpool
Info Siaran:
4 Januari 2012 (Rabu)
4 pagi
Astro 812
Kita akan bertandang ke Stadium Etihad awal pagi esok (waktu Malaysia) bagi perlawanan pertama kita di tahun baru. Setelah menerima suntikan moral ekoran kemenangan di Anfield awal pagi Sabtu lepas, sudah pastilah kita mahukan permulaan tahun 2012 yang menggembirakan sekalipun kita sedar Manchester City bukan lawan yang mudah, lebih-lebih lagi di gelanggang mereka.
Positifnya, kita mungkin akan menyaksikan aksi kesebelasan bagi Gerrard dan Suarez berkemungkinan besar akan diturunkan di dalam perlawanan ini, sangat penting bagi kita untuk melihat bagaimana gandingan Gerrard-Suarez untuk mengemudi jentera serangan untuk membolos gawang lawan yang dijaga oleh penjaga gol berkaliber tinggi, Joe Hart. Melihat betapa pasukan lain seperti Sunderland mampu menewaskan mereka, sebenarnya sesiapapun mampu.
All the best King's Army. YNWA
Skuad Pilihan:





















