Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000

Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.

Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2

Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima

Ketumpulan Penyerang?

Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).

'The Unlucky Maxi'

Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.

SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim

Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.

Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...

Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!

undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City

Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield

Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2

Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.

Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)

Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...

28 Januari, 2012

Piala FA: misi mengecewakan satu lagi Manchester!


MALAM INI (28 Januari 2012)
8:45 malam
Astro 812

Ye, baru pusingan keempat. Tapi apabila diundi melawan Manchester United, it's mean something for us. Lebih-lebih lagi team ni akan dicaptain oleh Evra, sapa tak kenal baik aku hempuk sebab dialah LS7 digantung 8 match. Rasanya malam ni dia akan cuba membuatkan kita lebih sakit hati, ditambah lakonan mantap ala thriller oleh 'ronaldo tak jadi wannabee' Nani - dan of course, sejarah rivalry LFC-Man United yang menjadikan game malam ini sangat penting buat kita.

Layak ke final Carling Cup sudah, maknanya selangkah lagi nak capai matlamat untuk satu kejuaraan domestik. Why don't we try for 2? iaitu FA Cup pula. Harapnya player-player tidak keletihan sebab baru lepas 2 hari bertungkus lumus mengikat Manchester City, now berhadapan pulak champ19ns katenye, so kemenangan menjadi satu-satunya option dalam match malam ni. Walaupun personally aku harap King Kenny akan turunkan 100% pemain macam match awal pagi Khamis lepas, aku harus akur yang beraksi itu adalah manusia dan ada mungkinnya some of them keletihan sangat dan mungkin tak larat nak bagi 100% dalam match. So, sapa jangkaan? susah nak menduga, tapi aku rasa Carroll mungkin akan ada dalam line up nanti. Rasa jelah. 

So, let's watch together and pray for Liverpool to win tonight. Oh yes, this is Anfield, baby. YNWA

2 YNWA:

  1. another victim...

    blog ni ada virus la...

    BalasPadam
  2. dah ckp. kita menang!
    wehuuuuuuuuuuuuu
    YNWA

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...