Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000

Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.

Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2

Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima

Ketumpulan Penyerang?

Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).

'The Unlucky Maxi'

Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.

SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim

Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.

Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...

Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!

undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City

Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield

Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2

Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.

Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)

Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...

13 Januari, 2012

Gerrard untuk LFC selamanya



Kapten merangkap bintang legenda kita, Steven Gerrard, telah menandatangi lanjutan kontrak jangka panjang, dalam tempoh 24 jam selepas membantu kemenangan kita di Stadium Etihad awal pagi Khamis lepas.


"Ini adalah kelab yang saya sayangi dan sokong ketika saya masih muda. Saya mendokongi impian untuk menjadi ketua pasukan kepada salah sebuah kelab yang terbesar di dunia. Saya amat teruja untuk hadir setiap hari dan juga pengalaman yang saya perolehi semenjak saya berusia 8 tahun lagi, iaitu kali pertama saya ditandatangani bersama kelab ini, yang tidak akan saya ubah selamanya, saya ingin melanjutkannya dan berharap dapat memperoleh kejayaan melalui jersi merah (Liverpool) ini, adalah sesuatu yang saya ingin selalu capai"


Lanjutan kontrak ini juga membawa kepada tugasan duta Liverpool FC selepas beliau menggantung but kelak. Ini turut bermakna kita akan memperoleh khidmat Gerrard selamanya. Terima kasih, captain fantastic


30 FAKTA MENARIK STEVIE G YANG HARUS KITA TAHU
1. Lahir di Whiston pada 30 Mei 1980 atas nama Steven George Gerrard. Memulakan karier bersama Whiston Juniors dan bakatnya dikesan oleh Liverpool pada usia 8 tahun.
2. Menyertai Liverpool pada 1988 dan menandatangi kontrak profesional pertamanya pada 1997 ketika berusia 17 tahun.




3. Debut bersama LFC sebagai pemain gantian pada 29 November 1998 ketika perlawanan menentang Blackburn menggantikan Veggard Heggem yang cedera ketika perlawanan.
4. Aksi Eropah pertama ketika menentang Celta Vigo dalam Piala UEFA menggantikan Jamie Redknapp.
5. Menjaringkan gol pertama di peringkat senior pada 5 Disember 1999 ketika kemenangan 4-1 ke atas Sheffield Wednesday
6. Dinamakan Pemain Muda Tahunan PFA pada April 2001
7. Menggalas tugas sebagai kapten pasukan dari Sami Hyppia pada 15 Oktober 2003 selepas menandatangani lanjutan kontrak 4 tahun.
8. Ketika dinamakan ketua pasukan Liverpool, beliau menyatakan "saya pernah melihat John Barnes dengan armband captain dan berharap suatu hari nanti akan menggalas tugas demikian untuk pasukan yang saya sayangi"
9. 8 Disember 2004, Gerrard menjaringkan gol penting buat Liverpool yang didahului untuk menumpaskan Olympiakos dan seterusnya layak dari peringkat kumpulan Champion League. Gerrard kemudiannya memberitahu majalah The Times pada tahun 2009 bahawa jaringan tersebut adalah jaringan terpenting baginya, walaupun bukan yang terbaik.
10. Pada 2005, beliau menduduki tangga ketiga undian untuk Ballon d'Or, pengiktirafan tertinggi untuk pemain bolasepak di benua Eropah




11. Dinamakan Pemain Terbaik perlawanan pada perlawanan akhir Champion League 2005 dan seterusnya dianugerah Pemain Terbaik Kelab UEFA pada tahun yang sama.
12. Pada April 2006, beliau menjadi pemain pertama selepas John Barnes pada 1988 yang dicalonkan sebagai Pemain Tahunan PFA.




13. Apabila beliau menjaringkan 2 gol ketika final Piala FA menentang West Ham menjadikan beliau satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan gol dalam 4 perlawanan akhir (FA Cup, League Cup, UEFA Cup dan Champions League)
14. Menjaringkan gol pada penampilan ke 400 beliau bersama Liverpool pada 28 Oktober 2007 ketika menentang Arsenal.
15. Membuat penampilan ke-100 untuk Liverpool dalam pertandingan Eropah ketika menentang Real Madrid pada 10 Mac 2009 dan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.
16. 3 hari selepas perlawanan tersebut, Zinedine Zidane telah mengiktiraf sebagai 'Pemain Terbaik Dunia'. Menurut beliau "Adakah beliau yang terbaik di dunia? Mungkin tidak mendapat perhatian seperti Messi atau Ronaldo, bagi saya dia adalah yang terbaik"
17. Menjaringkan hattrick pertama beliau di dalam Liga Perdana pada 22 Mac 2009 apabila membantu membenam Aston Villa 5-0.
18. Pada 2010, The Guardian menamakan Gerrard di dalam skuad World XI, skuad yang mengumpulkan pemain terbaik dunia.
19. Gerrard menduduki tangga kedua di belakang Kenny Dalglish di dalam undian 100 Players Who Shook the Kop
20. Debut bersama England pada 31 Mei 2000 ketika menentang Ukraine
21. Jaringan antarabangsa pertamanya adalah ketika kemenangan 5-1 England menentang Jerman pada September 2001
22. Penjaring terbanyak England untuk kempen Piala Dunia 2006 dengan 2 jaringan, ketika menentang Sweden dan Trinidad & Tobago.
23. Pada kempen Piala Dunia 2010, Gerrard merupakan satu-satunya pemain paling berpengalaman dengan 80 penampilan buat England
24. Beliau telah dicalonkan sebanyak 6 kali untuk Anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA sepanjang kariernya
25. Membuat 564 penampilan buat Liverpool, yang kesepuluh tertinggi di dalam sejarah. Alan Hansen 620 penampilan manakala King Kenny 515 penampilan.
26. Dan menyumbang 144 gol menjadikan beliau ke-9 tertinggi buat Liverpool, hanya kurang 7 daripada Harry Chambers
27. Beliau dinamakan Pemain Terbaik Football Writers Association pada 13 Mei 2009, menjadikannya pemain Liverpool pertama memenangi anugerah ini dalam tempoh 19 tahun.
28. Beliau menjaringkan satu-satunya gol ketika seri menentang Olympique Marseille pada Champions League, namun menjadikan beliau satu-satunya pemain selepas John Aldridge pada 1989 yang menjaringkan gol dalam 7 perlawanan berturut-turut
29. Beliau telah dipilih oleh Councillors of Knowsley sebagai Freeman of the Borough pada 13 Disember 2007. 2 minggu berikutnya, beliau telah dipilih sebagai Member of the Order of the British Empire oleh The Queen in The Queen's New Year Honours List untuk pengiktirafan di dalam sukan.
30. Menerima pengiktirafan oleh Universiti John Moores Liverpool pada 26 Julai 2008, juga atas pengiktirafan untuk sumbangan di dalam bidang sukan.

1 YNWA:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...