Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000
Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.
Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2
Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima
Ketumpulan Penyerang?
Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).
'The Unlucky Maxi'
Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.
SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim
Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.
Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...
Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!
undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City
Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield
Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2
Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.
Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)
Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...
31 Disember, 2011
Liverpool 3 Newcastle 1
Akhirnya, setelah melalui episod 'seri di Anfield', kita berjaya melakar kemenangan bergaya pada aksi penghujung tahun 2011, dengan membaham Newcastle 3-1. 2 gol daripada Craig Bellamy DAN gol ketiga dari Steven Gerrard melengkapkan tahun 2011 dengan 34 mata.
Rumusan perlawanan:-
1. Tidak seperti perlawanan lalu, kita tidak banyak membuat percubaan merbahaya tetapi berjaya menghasilkan 3 jaringan
2. Andy Carroll memerlukan hantaran seperti yang dibuat oleh Gerrard awal pagi tadi, baru nampak fungsi beliau as 'targetman'
3. Pemain harus fokus kepada 'positioning' juga, banyak hilang dan kadang-kadang susah untuk turun semula (terutamanya selepas overlapping)
4. Selain gol-gol kita, saat tidak dapat dilupakan apabila Martin Skrtel membuat clearance di atas jaringan gol ketika Reina sudahpun tertewas.
5. Kita masih memerlukan our Mr Liverpool, Steven Gerrard
6. Ternyata Bellamy memang 'pembelian kita musim ini'
Yang pasti, keputusan ini sangat positif dan memberikan suntikan moral menjelang pertemuan dengan Manchester City minggu hadapan. Thanks King's Army. YNWA
Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Adam (Gerrard), Spearing, Henderson, Downing, Bellamy (Kuyt), Carroll
30 Disember, 2011
Preview BPL: Liverpool lwn Newcastle
Info Siaran:
31 Disember 2011 (Sabtu)
345 pagi
Astro 817
Kita akan menutup aksi 2011 dengan beraksi menentang Newcastle di Anfield awal pagi nanti.Harapnya 'badi' seri atau aksi hambar di Anfield akan dapat dihapuskan bermula pada perlawanan ini bagi membina keyakinan pasukan sebelum menghadapi kempen perlawanan yang banyak di bulan Januari 2012 nanti.
Kita menerima tamparan apabila Luis Suarez tidak akan beraksi di dalam perlawanan (akibat menerima penggantungan 1 perlawanan) ini nanti dan ini bermakna King Kenny berkemungkinan besar akan menurunkan Andy Carroll di bahagian hadapan. Belum pasti lagi adakah beliau akan dipasangkan dengan Bellamy atau Kuyt, tapi mengambilkira faktor prestasi semasa saya menjangkakan King Kenny akan menurunkan Bellamy. Di dalam itu, saya tidak menjangkakan King Kenny akan menurunkan Gerrard di dalam kesebelasan utama (mungkin di bangku simpanan) dan ini bermakna saya mengharapkan Jay Spearing diturunkan semula, untuk digandingkan bersama Charlie Adam.
Namun, sesiapapun yang diturunkan, kita berharap agar Anfield akan mampu mengukir senyuman sebagai hadiah tahun baru 2012. YNWA
Barisan Pilihan:
29 Disember, 2011
Angkara Jari Tengah: LFC didenda, Suarez digantung satu perlawanan
FA England telah menjatuhkan denda sebanyak £20,000 kepada kelab kita (atas kegagalan mengawal tindak tanduk pemain) serta penggantungan 1 perlawanan buat penyerang kita, Luis Suarez yang mengaku atas kesalahan tatasusila (menunjukkan jari tengah kepada penyokong Fulham) ketika di Craven Cottage pada 5 Disember lepas.
Penggantungan 1 perlawanan ini berkuatkuasa segera, dan ini bermakna Suarez tidak akan diturunkan di dalam perlawanan menentang Newcastle di Anfield awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) nanti. Ini bermakna King Kenny harus memikirkan siapakah yang bakal mengepalai serangan kita; adakah Carroll, Bellamy atau Kuyt.
28 Disember, 2011
Khabarnya: 3 penyerang dikaitkan...
Ekoran kita bakal berhadapan dengan penggantungan 8 perlawanan tonggak serangan kita, Luis Suarez, Januari nanti kini sudah terdengar beberapa nama dikaitkan dengan kita. Adakah salah seorang dari mereka akan menandatangani kontrak bersama kita? sama-sama kita tunggu.
Teo Gutierrez
Kelab kini: The Racing Club
Negara Asal: Colombia
Nilai Jangkaan: £8 juta
Mungkin satu nama yang kurang dikenali, tetapi Gutierrez telah menyumbangkan 5 gol di dalam 15 penampilan bersama skuad kebangsaan Colombia, dan ketika ini telah menjaringkan 19 gol daripada 33 penampilan bersama kelab Racing Club di Argentina tahun ini. Pernah menjaringkan gol buat Trabzonspor ketika tewas ke tangan kelab kita ketika saingan Liga Europa musim lepas.
Lukas Podolski
Kelab kini: Koln
Negara Asal: Jerman
Nilai Jangkaan: £16.6 juta
Mungkin satu nama sensasi yang bakal menyertai kita sekiranya kita berjaya menandatangani Podolski. Ketika ini telah meledak 14 daripada 18 penampilan dalam Bundesliga buat FC Koln musim ini, dan khabarnya kini kita akan menerima persaingan dari Arsenal dalam membida beliau. Harapnya tuah akan memihak kepada kita.
Gonzalo Higuain
Kelab kini: Real Madrid
Negara Asal: Argentina
Nilai Jangkaan: tidak diketahui (mungkin > £20 juta)
Sudah beberapa kali Higuain dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, namun kini khabarnya legenda kita, John Barnes yang menyarankan King Kenny untuk mendapatkan beliau. Ekoran kita hanya mampu meledak 21 jaringan daripada 18 penampilan musim ini, ternyata ini amat meresahkan terutamanya kredibiliti bahagian serangan yang dilihat kurang berkesan.
27 Disember, 2011
Analisa setelah 18 perlawanan liga
Musim 2011/2012 sudah hampir ke penghujung pusingan pertama persaingan liga dan buat masa ini kita masih berada di tempat ke-6 (1 mata di belakang Arsenal di tempat ke-5, dan 3 mata di belakang Chelsea di tempat ke-4). Persoalannya; adakah kita sudah berpuas hati dengan pencapaian sekarang? Ketika ini kita telah menang 8 kali, seri 7 dan hanya kalah 3 kali.
Perlawanan: 18
Tempat sendiri
Menang 3
Seri 6
Kalah 0
Mata 15
Tempat Lawan
Menang 5
Seri 1
Kalah 3
Mata 16
Statistik Jaringan 2011/2012 (setakat ini)
Jaringan: 21
Purata Jaringan per perlawanan: 1.17
Jumlah Percubaan ke arah gol: 256
Percubaan tepat: 40.6%
Melihat statistik di atas, adakah kita sebenarnya melalui musim yang cemerlang? Mungkin kita belum pernah tewas di Anfield, namun 6 keputusan seri termasuk beberapa keputusan yang tampak mengecewakan seperti seri dengan Norwich, Swansea dan yang terbaru pasukan yang menghuni tangga ke-20, Blackburn sebenarnya banyak merugikan pungutan mata. Bayangkan sekiranya kita menang dalam 3 perlawanan ini, sudah pasti kutipan mata kita setakat ini adalah 37 mata (di mana jika melihat kedudukan liga setakat hari ini, pada 37 mata adalah berada di tempat ketiga). Namun, apa yang lepas tidak harus disesalkan lagi malah yang penting bagi skuad bimbingan King Kenny untuk terus memburu kemenangan bagi memastikan hasrat untuk kembali ke kelompok 4 teratas akan diperolehi. Tetapi jika melihat prestasi semasa, adakah kita mampu untuk melakukannya?
Kadang-kadang sukar untuk menilai prestasi atau potensi sebenar skuad kendalian KD sehingga kini, kerana kita dilihat begitu 'solid' dan berkelas dunia ketika menentang kelab besar tetapi beraksi longlai atau seperti hilang punca apabila menentang pasukan pertengahan atau bawahan liga. Kadang-kala melihat aksi skuad kesayangan kita ini benar-benar menguji kesabaran kita, sehingga kita dapat merasakan mereka seakan-akan menjadi 'mangsa'. Dengan kini lebih daripada 17 percubaan mengenai tiang (lebih banyak dari mana-mana pasukan sepanjang musim lepas), penjaga gol pihak lawan yang beraksi seperti final ketika di Anfield, set piece yang seperti hilang punca, dan banyak lagi faktor yang sebenarnya membuatkan kita tertanya-tanya. Terus terang saya amat gembira dengan prestasi kita di tempat lawan ketika ini (berbanding musim lepas kita hanya menang 1 kali, 2 kali seri dan 6 kali tewas pada 9 pertemuan pertama di tempat lawan dalam persaingan liga) namun amat risau dengan keputusan perlawanan di Anfield.
Adakah ini bermakna King Kenny harus membawa seorang lagi striker Januari nanti? Saya merasakan jawapan itu adalah "YA"
Post Reviu BPL: Liverpool 1 Blackburn 1
Malam tadi, kita diikat seri dengan pasukan tangga ke-20 liga ketika ini, Blackburn Rovers. Pastinya satu keputusan yang mengecewakan, apatah lagi ia berlaku sekali lagi di Anfield. Keputusan seri ini merupakan yang ke 5 daripada 6 pertemuan terakhir di Anfield semenjak Oktober. Satu perkara yang merisaukan kerana kita dilihat banyak kehilangan 2 mata di situ.
King Kenny kembali meletakkan gandingan Carroll dan Suarez di hadapan, mungkin sebagai persediaan sebarang kemungkinan apabila Suarez mula menjalani penggantungan 8 perlawanan di bulan Januari kelak, dan apabila melihat nama kapten kita, Steven Gerrard, di dalam barisan simpanan ternyata memberi suntikan moral kepada kita semua. Seperti yang dijangka, kita mengasak kubu Blackburn bertali arus namun mereka terlebih dahulu mendahului kita dengan jaringan sendiri Charlie Adam pada akhir separuh masa pertama. Namun, pada 8 minit separuh masa kedua bermula, Maxi Rodriguez sekali lagi menceriakan kita dengan menanduk masuk hasil volley Skrtel yang mengekalkan keputusan sehingga tamat dengan 1-1. Highlight perlawanan malam tadi adalah apabila Steven Gerrard dimasukkan pada separuh masa kedua yang menerima 'standing ovation' daripada penyokong kita di Anfield. Satu perkembangan yang baik sebenarnya apabila melihat kapten fantastic kita kembali.
Sekalipun seri, harapnya kita dapat memperbaiki kelemahan yang ada secepatnya kerana kita bakal berhadapan pada saingan Januari yang lebih padat, termasuklah 2 perlawanan timbal balik Piala Carling nanti. Harapnya King Kenny dapat membawa masuk seorang penyerang baru nanti.... kerana kita benar-benar buntu tentang 'natural finisher'. YNWA
Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Adam (Gerrard), Henderson, Maxi (Bellamy), Downing, Carroll, Suarez
22 Disember, 2011
Sokongan Rakan Sepasukan kepada Suarez
Post Reviu: Wigan 0 Liverpool 0
Kita seri di Stadium DW 0-0. Satu keputusan yang sebenarnya dijangka dan tidak memeranjatkan, jika dilihat gaya dan corak permainan awal pagi tadi. Menambah kekecewaan, ketika 5 minit perlawanan separuh masa kedua bermula, Charlie Adam gagal memanfaatkan satu-satunya peluang emas untuk menjaringkan gol apabila gagal menyudahkan penalti.
Bertemu kita kembali di Anfield pada Boxing Day nanti. Harapnya keghairahan terhadap menentang pasukan tempat ke-20, Blackburn tidak akan memakan diri kita sendiri kerana musim-musim sudah kita selalu melakukannya. YNWA
Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Kuyt (Bellamy), Henderson, Maxi (Shelvey), Adam, Downing, Suarez (Carroll)
21 Disember, 2011
Preview BPL: Wigan lwn Liverpool
22 Disember 2011 (Khamis)
4 pagi
Astro Starsport (813)
Kita akan berkunjung ke Stadium DW awal pagi Khamis nanti (waktu Malaysia) untuk bertemu skuad Wigan Athletic untuk perlawanan ke 17 dalam kempen liga musim 2011/2012. Harus diingat untuk 3 musim ini, kita belum pernah menang di Stadium DW, menjadikan gelanggang mereka antara kawasan paling liat untuk ditakluki.
Rekod Wigan-LFC di Stadium DW:
2010/2011 seri 1-1
2009/2010 tewas 0-1
2008/2009 seri 1-1
Tidak pasti adakah King Kenny akan menurunkan Luis Suarez yang baru menerima hukuman penggantungan 8 perlawanan awal pagi tadi (khabarnya hanya berkuatkuasa Januari nanti), dan sekiranya ya, harapnya beliau akan dapat memberikan 100% fokus dan tidak terbawa-bawa dengan keputusan FA England tersebut. Yang penting kita semua mahu memburu satu lagi kemenangan dalam misi kembali ke top 4 musim ini. Saya mengharapkan King Kenny untuk menurunkan 100% barisan yang sama ketika membaham Aston Villa tempoh hari.
All the best King's Army. YNWA
Barisan Pilihan: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Adam, Adam, Shelvey, Henderson, Downing, Bellamy, Suarez
Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000
Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000. Suatu keputusan yang mengejutkan, ekoran Evra sendiri mengakui bahawa Suarez bukan seorang yang mengamalkan dasar perkauman, dan perkara ini turut disebut di dalam hujah pembukaan pihak FA. Tambahan dengan tiada bukti rakaman video, hukuman ini dilihat begitu berat sebelah dan mendapat respon negatif serata dunia. Pihak pengurusan Liverpool sendiri telah berikrar untuk membuat pembelaan terhadap Suarez dengan memberi segala sokongan yang ada. Ditambah dengan Evra sendiri mengakui turut menghina Suarez di dalam bahasa Sepanyol, kini pihak pengurusan Liverpool menanti apakah ada tindakan susulan dari pihak FA.
Untuk Suarez, You'll Never Walk Alone. May the justice be with you, brother.
20 Disember, 2011
Khabarnya: 4 pemain tengah dikaitkan dengan LFC...
Kelab Kini: Real Madrid
Negara Asal: Jerman
Posisi: Tengah
Nilai jangkaan: £18 juta
Khabarnya kini sudah kedengaran kita mahu menyunting pemain yang bersinar ketika Piala Dunia 2010, Mesut Ozil, yang dilaporkan bergelut dengan prestasi di Santiago Barnebeu. Ozil khabarnya telah diberitahu oleh Mourinho untuk memperbaiki prestasi atau diminta mencari kelab lain pada musim panas nanti.
Cheick Tiote
Kelab kini: Newcastle United
Negara Asal: Ivory Coast
Posisi: Tengah
Nilai Jangkaan: £25 juta
Ketika ini King Kenny kelihatan serius mahu mencari pengganti Lucas Leiva dan menyenaraikan Tiote di dalam wishlist beliau. Namun demikian, kita bakal menerima saingan dari Manchester United yang khabarnya mahu mendapatkan khidmat Tiote juga.
Sandro
Kelab kini: Tottenham Hotspurs
Negara Asal: Brazil
Posisi: Tengah
Nilai Jangkaan: tidak diketahui
Sandro merupakan tonggak tengah Spurs sehinggalah apabila kelab berkenaan membawa masuk Scott Parker dari West Ham pada awal musim ini, menyebabkan beliau sering tersisih dan kini menjadi salah seorang pemain yang diperhatikan oleh Damien Comolli dan King Kenny sendiri.
Lassana Diarra
Kelab kini: Real Madrid
Negara Asal: Perancis
Posisi: Tengah
Nilai Jangkaan: Pinjaman
King Kenny menyenaraikan alternatif untuk membawa masuk Lassana Diaraa dari Real Madrid Januari nanti, namun hanya bersedia membawa masuk secara pinjaman.
19 Disember, 2011
Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2
Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima. Satu kemenangan yang sangat penting dan yang penting memberi kita suntikan moral menjelang pertengahan musim nanti.
King Kenny buat kali pertama menyenaraikan Jonjo Shelvey di dalam kesebelasan utama, dan ternyata pemain muda ini tidak menghampakan, dan kembali menurunkan Bellamy di dalam kesebelasan - dan beliau ternyata membalas kepercayaan King Kenny dengan memberi gol pertama pada minit ke-11, apabila menyudahkan tangkapan tidak kemas Brad Guzan.4 minit berselang, Bellamy yang mengambil tendakan sudut disudahkan melalui tandukan Martin Skrtel yang cantik menerjah gawang sebelah kiri Villa. Kita turut mendapat beberapa peluang untuk menambahkan jaringan, terutamanya 2 percubaan cantik Luis Suarez malangnya terkena palang dan tiang. Namun begitu, kita berpuas hati dengan keputusan ini kerana 3 mata adalah sangat penting buat kita.
Tampak gayanya rekod tempat lawan kita musim ini sangat 'awesome' setakat ini. Diharap kunjungan ke Wigan awal Khamis nanti akan memberikan kita satu lagi senyuman. YNWA
skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Jose Enrique, Adam, Shelvey (Carragher), Henderson, Downing, Bellamy (Kuyt), Suarez (Carroll)
16 Disember, 2011
King Kenny: Jangan andaikan siapa-siapa...
King Kenny telah membuat kenyataan di dalam lama rasmi liverpoolfc.tv bahawa kita mempunyai 'pilihan' untuk menambahkan pemain di dalam skuad - tetapi menegaskan mereka tidak semestinya bertujuan untuk menaikkan kedudukan pasukan.
Hal ini telah ditegaskan oleh King sendiri, ketika perpindahan Januari akan berlaku dalam tempoh 2 minggu sahaja lagi.
"Kami tidak mahu mengandaikan siapa-siapa, sama ada pemain luar atau pemain kita sendiri" tegas King Kenny ketika sidang media menjelang pertemuan di Villa Park Ahad ini.
"Yang pasti, kita ada pilihan sama ada mahu atau tidak membeli pemain Januari nanti"
14 Disember, 2011
Oh Torres (lagi)
Khabarnya, pihak pengurusan Chelsea telah bersedia untuk menjual bintang 'sensasi' mereka, Fernando Torres pada musim perpindahan Januari ini pada harga £20 juta. Sudah terdapat beberapa laporan yang menyatakan yang mungkin beliau akan kembali ke Sepanyol, dan terdapat juga 'khabar' angin menyatakan beliau mungkin disunting kembali ke Liverpool.
Daripada undian di dalam blog ini terdapat beberapa responder yang menyatakan mereka bersedia untuk menerima beliau kembali, tetapi di dalam masa yang sama masih ramai yang membangkang. Mungkin masih terkenangkan peristiwa 31 Januari apabila hati kite diguris oleh kenyataan bahawa Torres mahu menyertai kelab yang lebih besar dan berjaya, katanya...
Namun, saya percaya masih ramai yang sayangkan beliau, kerana kalau tidak, masakan kita masih lagi bercakap mengenai beliau bukan? Sungguhpun begitu, saya dapat melihat kebarangkalian beliau untuk kembali adalah sangat.... tipis (dan mungkin tiada)
13 Disember, 2011
Ketumpulan Penyerang?
Cuba lihat kedudukan liga di atas. Memang tidak dinafikan setakat semalam, kita mempunyai barisan pertahanan yang paling kental kerana mempunyai jumlah bolos yang paling rendah, tetapi bagaimana pula dengan kadar jaringan? Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).
Buat masa ini, Luis Suarez merupakan peledak utama kita dengan menyumbangkan 5 gol, namun dengan beberapa kontroversi yang melanda beliau ketika ini, diharap tidak mengganggu konsentrasi beliau untuk meneruskan sumbangan jaringan beliau. Ketika ini dilihat King Kenny masih bereksperimen cuba memadankan Suarez bersama Carroll, Bellamy dan Kuyt; dan melihat kekerapan pertukaran memberi kita tanggapan bahawa kita belum berjumpa lagi gandingan yang ideal untuk mengemudi di bahagian hadapan. Jangan dilupa faktor percubaan yang seringkali terkena tiang, yang berjumlah 15 buat kita (tertinggi di dalam liga ketika ini) turut memberikan petanda bahawa nasib kita sebenarnya tidak berapa baik untuk melakukan penyudah. Penjaring terbanyak kita musim lalu, Dirk Kuyt pula masih lagi menanti-nanti untuk membuat jaringan ke-50 beliau buat Liverpool musim ini di mana beliau yang telah melakukan 13 penampilan liga namun gagal meledak sebarang jaringan.
Ini pastinya sesuatu yang serius dan harus tidak dipandang remeh oleh King Kenny. Ya, 3 mata itu sangat penting namun kita tidak mahu masalah ketumpulan penyerang menghantui kita. YNWA
12 Disember, 2011
Post Reviu: Liverpool 1 QPR 0
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas kelewatan reviu untuk perlawanan ini. Pada Sabtu malam lepas, kita telah berjaya menewaskan QPR 1-0 di Anfield, gol hasil jaringan Luis Suarez ketika awal separuh masa kedua. Kemenangan ini sangatlah harus kita perolehi memandangkan kita menguasai hampir keseluruhan perlawanan, dan sudah tentulah memberikan kembali senyuman penyokong di Anfield yang kali terakhir meraikan kejayaan pada 24 September lalu.
King Kenny kembali menurunkan Maxi Rodriguez, pada saya banyak memainkan peranan di dalam perlawanan ini. Kalu tidak kerana kecekapan penjaga gol QPR, Radek Cerny, Maxi pasti sudah memberikan kita 2 gol pada separuh masa pertama dan kedua. Namun, tandukan mudah dari Luis Suarez memberikan kita kelebihan pada perlawanan baru bermula 2 minit pada separuh masa kedua yang terus kekal sehingga wisel penamat. Harapnya King Kenny akan dapat mengasah lebih tajam penyudah barisan serangan kita. Dengan hanya 1 gol daripada 15 percubaan (8 percubaan tepat), kita sebenarnya punya masalah di dalam mencari penyudah.
Tahniah sekali lagi, minggu hadapan kita akan berkunjung ke Villa Park pula. YNWA
Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Jose Enrique, Henderson, Adam, Downing, Maxi, Kuyt, Suarez
07 Disember, 2011
'The Unlucky Maxi'
Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya. Siapa sangka beliau membuat 2 kali hatrick pada musim lepas? Siapa sangka beliau yang menjaringkan gol buat kita pada 2 pertemuan menentang Chelsea musim ini? Menyertai kita pada perpindahan Januari musim 2009/2010 dengan percuma, Maxi sebenarnya seorang pemain yang harus selalu diturunkan oleh King Kenny pada perlawanan-perlawanan akan datang. Dengan 3 jaringan yang dihasilkan daripada 6 penampilan musim ini, saya berharap Maxi akan diberi peluang yang lebih.
Maxi Rodriguez runs down the wing for me!
06 Disember, 2011
Luis Suarez bakal berhadapan dengan masalah lagi...
Ditanya kepada King Kenny, beliau sentiasa memberi sokongan buat anak buahnya itu
"Saya masih belum melihat gambar itu, dan selepas melihatnya nanti dan sekiranya apa yang anda katakan adalah benar, saya akan membuat keputusan berkenaannya nanti"
Untuk tatapan King Kenny, inilah gambarnya....tak pastilah itu dituju untuk fan ataupun beliau menggambarkan kekecewaan terhadap diri sendiri.
Khabarnya: 5 pemain Amerika Selatan dikaitkan dengan LFC Januari nanti...
Kita kini dikhabarkan untuk membawa masuk beberapa orang pemain pada musim perpindahan Januari nanti. Ketika ini sudah disebut-sebut beberapa prospek dari benua Amerika Selatan yang disenaraikan di dalam 'wishlist' King Kenny. Berikut disenaraikan beberapa pemain yang dikaitkan dengan Liverpool Januari ini:-
Eduardo Vargas
Nilai: £15 juta
Usia: 22 tahun
Posisi: Penyerang
Asal: Chile
Kelab kini: Universidad de Chile
Diberitakan kita telah menghantar 'scout' team untuk menyaksikan sendiri aksi Vargas minggu lalu dan diberitakan dari sana bahawa kelabnya kini bersedia untuk membuat sebarang rundingan untuk Eduardo Vargas. Penyerang berusia 22 tahun ini sudahpun meledak 25 gol dalam 44 aksi penampilan terakhirnya bersama Universidad dan turut menyumbangkan 2 gol buat skuad kebangsaan Chile. Khabarnya Arsenal turut berminat kepada pemain ini juga.
Gaston Ramirez
Nilai: £15 juta
Usia: 21 tahun
Posisi: Tengah/Attacking
Asal: Uruguay
Kelab Kini: Bologna
Ramirez menjadi buruan kita dan juga Manchester United, namun hubungan dengan dua pemain senegaranya, Luis Suarez dan Coates mungkin menjadi kelebihan buat kita sekiranya ingin menandatangani beliau. Ketika ini beraksi buat Bologna, beliau adalah attacking midfielder yang mungkin sekiranya menyertai kita akan memberi lebih impak kepada Luis Suarez di hadapan.
Lucas Ocampos
Nilai: £14 juta
Usia: 17 tahun
Posisi: Tengah/ Sayap
Asal: Argentina
Kelab kini: Buenos Aires
Pemain sensasi remaja Buenos Aires ini telah diberi harga £14 juta oleh kelab beliau kepada kita dan juga satu lagi kelab yang berminat, Chelsea. Ocampos yang diberi gelaran 'Christiano Ronaldo' alaf baru menggambarkan potensi beliau.
Jadson
Nilai: £12 juta
Usia: 28 tahun
Posisi: Tengah
Negara: Brazil
Kelab kini: Shakhtar Donetsk
Jadson telah menegaskan bahawa beliau berminat untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris dan seterusnya mendapat perhatian dari kita dan beberapa kelab lain seperti Arsenal. Namun untuk membelanjakan sehingga £12 juta untuk pemain tengah berusia 28 tahun ini bakal menjadi kekangan buat kita.
Juan Manuel Vargas
Nilai: tidak diketahui
Usia: 28 tahun
Posisi: tengah/sayap kiri
Asal: Peru
Kelab kini: Fiorentina
Pemain tengah antarabangsa Peru kini menjadi buruan kita dan juga Arsenal. Beliau yang turut boleh beraksi di bahagian bek kiri atau sayap kiri, telahpun mendapat 'lampu hijau' dari kelabnya untuk menjalankan rundingan dengan kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau, termasuklah kita.
Post Reviu: Fulham 1 Liverpool 0
Akhirnya, setelah melalui 11 perlawanan tanpa tewas kita terpaksa akur apabila tewas 0-1 di Craven Cottage awal pagi tadi dalam perlawanan yang turut menyaksikan pemain tengah berbakat, Jay Spearing dilayangkan kad merah yang 'kontroversi' pada minit ke 72 seterusnya merubah seluruh perlawanan.
Sebelum itu, gol Luis Suarez pada minit ke-67 telah dibatalkan apabila penjaga garisan mengangkat bendera pada kedudukan yang boleh dipertikaikan. Menambahkan lagi kekecewaan kita apabila beberapa percubaan terutamanya dari Downing, sekali lagi diselamatkan oleh tiang gol. Pada perlawanan berbaki 5 minit lagi, Pepe Reina gagal menangkap kemas sepakan Danny Murphy yang seterusnya dicuri oleh Dempsey yang terus menerjah jaring kita. Keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat.
Jangan terus berputus asa kerana Sabtu ini kita akan kembali ke Anfield. Biarpun rekod kemenangan di Anfield agak suram musim ini, harapnya QPR akan menceriakan kita. YNWA
Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Spearing, Adam, Henderson, Bellamy (Downing), Carroll (Kuyt), Suarez
05 Disember, 2011
Rafa bakal ke PSG?
Khabarnya, kini Rafa menjadi calon hangat untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Antoine Kombouare, bekas pengurus Paris St Germain yang baru dipecat baru-baru ini. Rafa yang tidak menjawat sebarang tugas pengurusan selepas kejayaan membantu Inter Milan pada Piala Kelab Dunia Disember tahun lalu dan sekiranya menerima jawatan ini, beliau akan kembali selepas setahun berehat.
Buat masa ini PSG menduduki tangga kedua di dalam Liga 1 Perancis mengambil tindakan drastik untuk memecat Kombouare setelah tewas 3 perlawanan berturut-turut di tangan Nancy, Marseille dan Salzbourg. Sekalipun baru sahaja memenangi di dalam perlawanan terakhir ke atas Auxerre, namun masih tidak dapat memenuhi jangkaan dari pemilik mereka Qatar Investment Authority, yang baru-baru ini turut berbelanja besar, termasuklah membawa masuk bintang seperti Javier Pastore dan Jeremy Menez.
All the best buat Rafa (jika berita ini sah).
Previu BPL: Fulham lwn Liverpool
Info Siaran:
6 Disember 2011 (Selasa)
4 pagi
Astro ESPN (812)
Kita akan berkunjung ke Craven Cottage awal pagi Selasa (waktu Malaysia) dalam perlawanan pertama bulan Disember 2011. Kali terakhir di sana kita telah memalukan mereka dengan jaringan 5-2, adakah ini akan berulang lagi? sama-sama kita tunggu.
Tiadanya Lucas, bermakna King Kenny mungkin terpaksa membariskan beberapa alternatif untuk mengisi kekosongan tersebut. Adakah Hendo atau Spearing atau Jonjo? Adakah King Kenny akan menurunkan Maxi Rodriguez yang meledak hattrick di Craven Cottage musim lepas, tambahan beliau turut menyumbangkan gol dalam kedua-dua perlawanan terakhir beliau setakat ini? semua itu ada di dalam perancangan King Kenny, malah beliau sendiri menyatakan 'saya punya 20 pemain yang bersedia untuk diturunkan di Craven Cottage'
Harapnya kita akan berjaya memperoleh kemenangan di dalam perlawanan ini, namun jangan dilupa Fulham pasti mahu kemenangan juga dan pasti memberikan persaingan sengit nanti. All the best King's Army. YNWA
Barisan kemungkinan: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Adam, Spearing, Kuyt, Downing, Bellamy, Suarez
02 Disember, 2011
Khabarnya: Torres mahu kembali?
Ini bukan info rasmi, dan mungkin tiada asas kebenaran berita ini. Namun bolasepak dunia yang penuh dengan kejutan. Khabar angin yang berlegar di laman sosial twitter ini memberi perkhabaran bahawa King Kenny bersedia untuk membawa kembali Fernando Torres ke Anfield, pada harga perpindahan £30 juta. Ditambah kuat bahawa ini ekoran King Kenny tidak berpuas hati dengan prestasi penyerang £35 juta kita, Andy Carroll, dan mungkin ingin menjual beliau di Januari nanti (mungkinkah kembali ke Newcastle).
Ditambah hangat ialah kini Torres mula dingin di Chelsea, dan juga bukan pilihan AVB di dalam kesebelasan beliau. Malah, Torres dilihat sering bercerita tentang masa lampau beliau di Liverpool berbanding di Chelsea menggambarkan betapa beliau tidak dapat menyesuaikan diri di sana.
PERSOALANNYA; adakah kita mahu menerimanya kembali?
SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim
Pihak liverpoolfc.tv turut memberi peluang kepada kita untuk menyampaikan mesej kepada Lucas melalui laman rasmi, sila klik di sini
Untuk Lucas, You'll Never Walk Alone.
01 Disember, 2011
Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...
Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan! Belum ada lagi kenyataan rasmi dari pihak pengurusan LFC, namun yang pasti kita akan kehilangan khidmat pemain muda kreatif, paling konsisten dan juga pemain terbaik musim 2010/2011 ini untuk satu tempoh yang lama. Sama-samalah kita berharap agar Lucas Leiva kembali pulih pada masa yang lebih singkat kerana dilihat sumbangan beliau tampak sangat besar musim ini.
Dalam pada itu, Jonjo Shelvey telah dipanggil semula dari pinjaman, untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Lucas. Beliau yang ketika ini menyumbangkan 6 gol daripada 10 aksi bersama Blackpool (termasuk 1 hatrick) dilihat lebih bersedia kali ini. Welcome back, Jonjo!
undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City
Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield. Ini juga bermakna kita akan bertemu mereka 3 kali di bulan Januari kerana pada 3 Januari kita turut bertandang ke Stadium Etihad untuk perlawanan liga.
Semoga kita layak ke final. YNWA
Separuh Akhir LFC-Manchester City:
9 Januari (Stadium Etihad)
23 Januari (Anfield)
































