Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000

Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.

Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2

Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima

Ketumpulan Penyerang?

Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).

'The Unlucky Maxi'

Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.

SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim

Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.

Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...

Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!

undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City

Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield

Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2

Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.

Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)

Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...

02 Disember, 2011

Khabarnya: Torres mahu kembali?


Ini bukan info rasmi, dan mungkin tiada asas kebenaran berita ini. Namun bolasepak dunia yang penuh dengan kejutan. Khabar angin yang berlegar di laman sosial twitter ini memberi perkhabaran bahawa King Kenny bersedia untuk membawa kembali Fernando Torres ke Anfield, pada harga perpindahan £30 juta. Ditambah kuat bahawa ini ekoran King Kenny tidak berpuas hati dengan prestasi penyerang £35 juta kita, Andy Carroll, dan mungkin ingin menjual beliau di Januari nanti (mungkinkah kembali ke Newcastle).




*kekecewaanmu berganda di Chelsea wahai Torres


Ditambah hangat ialah kini Torres mula dingin di Chelsea, dan juga bukan pilihan AVB di dalam kesebelasan beliau. Malah, Torres dilihat sering bercerita tentang masa lampau beliau di Liverpool berbanding di Chelsea menggambarkan betapa beliau tidak dapat menyesuaikan diri di sana.


PERSOALANNYA; adakah kita mahu menerimanya kembali?

5 YNWA:

  1. simpati pon ada nk tergelak pon ada... alahai torres... skrg br ko nmpk kn?

    BalasPadam
  2. rasanya tak payah kot, dia dah flop sgt dah... lagi pon dia akan bawak angin yang tak best kat liverpool balik...kalau 30 juta baik cari penyerang yg lain yang tgh form dan bawak angin baru...mcm time kita bawak suarez dulu

    rasanya kes aurelio ngan bellamy sgt berbeza ngan Torres

    tapi rasanya berita ni tak sahih ni...ni orang kata saja saja buat gurau sinis...

    berapa bnyk rasa dah.....

    BalasPadam
  3. Andy Carroll lembek, Torres lagi lembek!
    Kita perlukan keras macam Kuyt, Suares, Bellamy, dll..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...