Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000
Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.
Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2
Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima
Ketumpulan Penyerang?
Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).
'The Unlucky Maxi'
Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.
SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim
Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.
Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...
Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!
undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City
Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield
Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2
Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.
Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)
Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...
27 Disember, 2011
Analisa setelah 18 perlawanan liga
Musim 2011/2012 sudah hampir ke penghujung pusingan pertama persaingan liga dan buat masa ini kita masih berada di tempat ke-6 (1 mata di belakang Arsenal di tempat ke-5, dan 3 mata di belakang Chelsea di tempat ke-4). Persoalannya; adakah kita sudah berpuas hati dengan pencapaian sekarang? Ketika ini kita telah menang 8 kali, seri 7 dan hanya kalah 3 kali.
Perlawanan: 18
Tempat sendiri
Menang 3
Seri 6
Kalah 0
Mata 15
Tempat Lawan
Menang 5
Seri 1
Kalah 3
Mata 16
Statistik Jaringan 2011/2012 (setakat ini)
Jaringan: 21
Purata Jaringan per perlawanan: 1.17
Jumlah Percubaan ke arah gol: 256
Percubaan tepat: 40.6%
Melihat statistik di atas, adakah kita sebenarnya melalui musim yang cemerlang? Mungkin kita belum pernah tewas di Anfield, namun 6 keputusan seri termasuk beberapa keputusan yang tampak mengecewakan seperti seri dengan Norwich, Swansea dan yang terbaru pasukan yang menghuni tangga ke-20, Blackburn sebenarnya banyak merugikan pungutan mata. Bayangkan sekiranya kita menang dalam 3 perlawanan ini, sudah pasti kutipan mata kita setakat ini adalah 37 mata (di mana jika melihat kedudukan liga setakat hari ini, pada 37 mata adalah berada di tempat ketiga). Namun, apa yang lepas tidak harus disesalkan lagi malah yang penting bagi skuad bimbingan King Kenny untuk terus memburu kemenangan bagi memastikan hasrat untuk kembali ke kelompok 4 teratas akan diperolehi. Tetapi jika melihat prestasi semasa, adakah kita mampu untuk melakukannya?
Kadang-kadang sukar untuk menilai prestasi atau potensi sebenar skuad kendalian KD sehingga kini, kerana kita dilihat begitu 'solid' dan berkelas dunia ketika menentang kelab besar tetapi beraksi longlai atau seperti hilang punca apabila menentang pasukan pertengahan atau bawahan liga. Kadang-kala melihat aksi skuad kesayangan kita ini benar-benar menguji kesabaran kita, sehingga kita dapat merasakan mereka seakan-akan menjadi 'mangsa'. Dengan kini lebih daripada 17 percubaan mengenai tiang (lebih banyak dari mana-mana pasukan sepanjang musim lepas), penjaga gol pihak lawan yang beraksi seperti final ketika di Anfield, set piece yang seperti hilang punca, dan banyak lagi faktor yang sebenarnya membuatkan kita tertanya-tanya. Terus terang saya amat gembira dengan prestasi kita di tempat lawan ketika ini (berbanding musim lepas kita hanya menang 1 kali, 2 kali seri dan 6 kali tewas pada 9 pertemuan pertama di tempat lawan dalam persaingan liga) namun amat risau dengan keputusan perlawanan di Anfield.
Adakah ini bermakna King Kenny harus membawa seorang lagi striker Januari nanti? Saya merasakan jawapan itu adalah "YA"

0 YNWA:
Catat Ulasan