Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000

Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.

Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2

Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima

Ketumpulan Penyerang?

Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).

'The Unlucky Maxi'

Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.

SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim

Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.

Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...

Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!

undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City

Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield

Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2

Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.

Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)

Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...

29 November, 2011

Previu Suku Akhir Piala Carling: Chelsea - Liverpool


Kita baru sahaja menewaskan Chelsea tidak sampai 2 minggu lalu dan awal pagi nanti, kita akan bertandang ke Stamford Bridge sekali lagi untuk bertembung dengan mereka, pada saingan suku akhir Piala Carling pula. Apabila sudah sampai ke peringkat ini, harapnya kita akan terus memberi saingan untuk kembali ke Wembley dan memenangi Piala Carling.



Memandangkan kita baru sahaja mengharungi perlawanan liga tidak kurang dari tempoh 48 jam (berbanding Chelsea yang beraksi lebih 72 jam lalu), berkemungkinan besar King Kenny akan melakukan sedikit rombakan pada skuad. Saya membayangkan pemain seperti Jamie Carragher, Jay Spearing, Maxi Rodriguez, Craig Bellamy, Martin Kelly dan Andy Carroll berkemungkinan akan beraksi di kesebelasan utama awal pagi nanti, tetapi itu semua bergantung kepada budi bicara King Kenny sendiri nanti. Apa yang pasti, kita mahu Jambatan Stamford diruntuhkan sekali lagi di hadapan penyokong The Blues, marilah sama-sama mengharapkannya. Harus diingat Chelsea pasti mahu membalas dendam kekalahan tempoh hari, dan pastinya perlawanan ini bukan sesuatu yang mudah buat kita.


Walauapapun yang berlaku, We Will Do It Again. YNWA


Barisan Kemungkinan: Pepe Reina, Martin Kelly, Jamie Carragher, Martin Skrtel, Jose Enrique, Jay Spearing, Lucas Leiva, Maxi Rodriguez, Craig Bellamy, Andy Carroll, Luis Suarez

0 YNWA:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...