Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000

Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.

Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2

Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima

Ketumpulan Penyerang?

Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).

'The Unlucky Maxi'

Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.

SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim

Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.

Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...

Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!

undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City

Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield

Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2

Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.

Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)

Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...

25 November, 2011

PL: Liverpool lwn Manchester City


Info Siaran:

Tarikh: 27 November 2011 (Ahad)
Masa: 1155 malam
Siaran: Astro 817


Setelah meruntuhkan Jambatan Stamford Ahad malam lepas, kita akan menanti kehadiran pasukan 'paling merbahaya' liga musim ini, Manchester City. Pasukan 'bintang' yang terkenal dengan memalukan skuad tuan rumah antaranya Manchester United 6-1 di Old Trafford dan Spurs 5-1 di White Hart Lane, mereka kini menghuni takhta liga merupakan lawan terkuat kita setakat ini. Namun begitu, faith and believe, di dalam bolasepak segalanya mungkin.


Dijangkakan King Kenny akan menurunkan kesebelasan yang sama sewaktu mengalahkan Chelsea tempoh hari, di mana kita akan menyaksikan sekali lagi gandingan Bellamy dan Suarez di hadapan. Apatah lagi berhadapan dengan Manchester City yang bakal menggunakan pemain seperti David Silva, Balotelli, Kun Aguero yang dilihat begitu berkesan akhir-akhir ini, harapnya gandingan tengah Adam dan Lucas yang semakin menampakkan keserasian mereka akan meneruskan aksi cemerlang di hadapan penyokong sendiri nanti.


Adakah kita akan berjaya mengulangi kejayaan 3-0 di Anfield seperti musim lepas? Yang pasti, kita tidak mahu Anfield dimalukan sepertimana pasukan lain. Namun, merbahaya bagaimana sekalipun, haruslah diingat... THIS IS ANFIELD!


Kesebelasan kemungkinan: Reina, Agger, Skrtel, Enrique, Lucas, Adam, Kuyt, Maxi, Suarez, Bellamy

0 YNWA:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...