Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000

Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.

Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2

Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima

Ketumpulan Penyerang?

Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).

'The Unlucky Maxi'

Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.

SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim

Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.

Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...

Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!

undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City

Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield

Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2

Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.

Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)

Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...

21 November, 2011

PL: Chelsea 1 Liverpool 2



Maxi Maxi Rodriguez, run down the wing for me.... du du du du


Sekali lagi Jambatan Stamford diruntuhkan, terima kasih kepada jaringan Maxi Rodriguez dan Glen Johnson yang memberikan kita 3 mata malam ini, kembali melonjak kita ke tangga ke-6 dan berkongsi 22 mata bersama Chelsea, Arsenal dan Spurs. Ini juga bermakna kita melalui 9 perlawanan tanpa tewas setakat ini. 



King Kenny sekali lagi melakukan kejutan dalam barisan kesebelasan, dengan kembali menurunkan Maxi Rodriguez di kesebelasan utama, dan meletakkan gandingan Bellamy dan Suarez di hadapan. Mengakui turut gembira dengan kembalinya Maxi di kesebelasan utama, beliau membalas kepercayaan King Kenny dengan menjaringkan gol hantaran Bellamy pada minit ke-33, memberikan kita pendahuluan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama. Kealpaan separuh masa kedua memberikan gol penyamaan buat Chelsea melalui pemain gantian mereka, Daniel Sturridge selepas 10 minit separuh masa kedua bermula. Chelsea terus menggandakan adakan dan memasukkan 2 bekas pemain LFC ke padang, Fernando Torres dan Raul Meireles. Ada apa hal kan? Glen Johnson, melakukan larian mudah menewaskan 2 pertahanan Chelsea sebelum menjaringkan gol kedua dan juga kemenangan ketika perlawanan berbaki 3 minit lagi. Keputusan akhir, Chelsea 1 Liverpool 2. 

Apa yang pasti, ini adalah kemenangan berharga dan memberikan kita semangat untuk menanti kunjungan pasukan 'merbahaya' Manchester City di Anfield minggu hadapan. YNWA

Skuad: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Lucas, Adam, Kuyt, Maxi (Downing), Bellamy (Henderson), Suarez (Carroll)

2 YNWA:

  1. jambatan sudah roboh sudah roboh sudah roboh jambatan sudah roboh..haaaari ini....

    BalasPadam
  2. pasni Carling Cup...away...confirm menang lagik laaa...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...