Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000

Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.

Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2

Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima

Ketumpulan Penyerang?

Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).

'The Unlucky Maxi'

Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.

SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim

Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.

Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...

Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!

undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City

Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield

Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2

Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.

Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)

Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...

25 November, 2011

Khabarnya: Cole dan Aquilani hampir pasti meninggalkan kita



Khabarnya pengurus Lille, Rudi Garcia begitu berminat untuk mengekalkan Joe Cole yang kini dipinjam ke Lille secara tetap apabila berakhir musim 2011/2012. Ini ekoran persembahan cemerlang beliau, tambahan kelab Liga 1 Perancis itu belum pernah tewas semenjak ketibaan Joe Cole.


P/S: Ini mungkin sesuatu yang baik buat Joe Cole yang melalui satu musim yang mengecewakan di Anfield. All the best buat beliau sekiranya perpindahan ini terjadi.


Dalam khabar berkaitan, Alberto Aquilani berkemungkinan besar akan menyertai AC Milan secara tetap pada akhir musim nanti pada harga £6 juta. Menyertai kita pada musim 2009/2010 namun melalui musim yang dibelenggu dengan kecederaan, telah dipinjamkan ke Juventus musim lepas dan musim ini ke AC Milan. Mungkin bukan pemain yang menjadi favourite King Kenny agaknya.


P/S: All the best Aqua, we gonna miss you.

0 YNWA:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...