Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000

Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.

Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2

Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima

Ketumpulan Penyerang?

Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).

'The Unlucky Maxi'

Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.

SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim

Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.

Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...

Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!

undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City

Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield

Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2

Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.

Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)

Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...

29 November, 2011

Back Pass dan Liverpool


Tak taulah if korang perasan, yang defender kita banyak main backpass. Kadang-kadang tu sampai hampir makan diri, rasanya banyak kali jugak. Nasib kita baik setakat ni takde ulangan backpass yang Gerrard buat 2 season lepas yang terus disambar oleh player Chelsea dan terus memadam semangat untuk last match di Anfield season tu.



Tak salah untuk backpass, bilamana defender rasa mungkin itu judgement terbaik memandangkan susah nak clear atau lain-lain faktor. Namun melihat beberapa game dalam season ini, kebanyakan backpass yang dilakukan menyebabkan Pepe Reina bekerja keras. Lihat saja match Liverpool-Manchester City baru-baru ini bilamana beberapa kali penjaga gol/kapten kita ini terpaksa berlari ke luar petak penalti untuk menyelamatkan keadaan. Bukan sekali, malah beberapa kali. Apatah lagi penyerang-penyerang Manchester City bergerak sangat pantas, percayalah tiada siapa yang degupan jantungnya tidak kencang. Bayangkan sekiranya Aguero bergerak sedikit pantas atau Reina sedikit leka, seperti menganugerahkan gol percuma kepada pihak lawan.


Ketika pace "pass and move" begitu mengujakan kita, harapnya King Kenny turut mengambilkira faktor yang mungkin nampak kecil, tapi bakal mengundang akibat besar. In Kenny We Trust. YNWA

0 YNWA:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...