Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000

Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.

Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2

Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima

Ketumpulan Penyerang?

Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).

'The Unlucky Maxi'

Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.

SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim

Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.

Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...

Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!

undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City

Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield

Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2

Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.

Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)

Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...

03 September, 2011

Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)

 




Artikel ini diambil bulat-bulat dari Mastika edisi September 2011 tanpa edit (sekadar berkongsi)


Penulis dilahirkan 48 tahun lalu ketika Liverpool pernah merajai carta, menjuarai dan mendominasi takhta Liga Inggeris. Sepanjang, era kegemilangannya, ramai bintang yang telah dilahirkan Reds dan ramai pengurus legenda terlibat antaranya Bill Shankly (1959-1974), Bob Paisley (1974-1983) dan Kenny Dalglish (1985-1991). Kehebatan Dalglish sebagai pemusnah telah membawa gelaran King Kenny buat warga Scotland itu, jolokan istimewa yang diberikan oleh peminat Reds. Dalglish tetap dikenang sebagai pengurus paling berkaliber reds, malah disanjung sebagai penyerang berbisa. Dalglish Kecil orangnya tetapi rembatannya seperti peluru. 


Liverpool pernah mencatat sejarah sebagai pasukan terhandal di Liga Perdana Inggeris. Malah, ada seorang rakan saya bernama Abdullah diberi jolokan Kenny Dalglish kerana bertubuh kecil. Biarpun zaman berubah dari alam kanak-kanak, remaja dan menginjak usia dewasa, kami tetap menyokong Liverpool FC. Malah ramai rakan-rakan sekolah dulu masih setia dengan Liverpool FC biarpun pasukan idola kami ini kemarau kejuaraan sejak 20 tahun lalu. Seperti mana penulis yang dilahirkan pada tahun-tahun 1960-an, kegemilangan Liverpool memang seronok untuk dinostalgiakan. 


Bukan untuk bermegah, namun sehingga hari ini, Liverpool sudah memiliki 18 kejuaraan Liga Perdana, 5 kali gelaran Eropah (Kelab England paling berjaya), selain 7 gelaran Piala FA, 7 Piala Liga dan 3 Piala di Antara Juara UEFA. Sebilangan besar penyokong setia Liverpool di Malaysia adalah kalangan sebaya dengan generasi penulis berusia 40-an dan awal 50-an yang pernah berada pada era kegemilangan Liverpool. 


Bagi kami tiada pasukan lain sehebat Liverpool biarpun kerap dibuli peminat dan penyokong Manchester United FC(MUFC) yang meyifatkan Liverpool FC hanyalah sekadar sejarah seekor dinosaur yang hebat. Konon kisah LFC sudah menjadi sejarah! Namun segala kritikan dan cemuhan itu bukanlah pelemah semangat. Maka itu tidak hairanlah seperti mana peminat-peminat tegar lainnya, kedatangan The Reds ke Kuala Lumpur, Julai lalu telah menyebabkan Liverpoolmania melanda warga kota. Sepertimana pojok Bisik-bisik Mingguan Awang Selamat Bertarikh 17 Julai 2011: "Liverpoolmania tetap melanda Kuala Lumpur. Itulah istimewanya penyokong LFC, kalah atau menang tetap bersama. Ketika suka mahupun duka, dilalui seadanya tanpa gundah. Semasa di puncak tidak angkuh dan apabila merundum tidak hilang arah serta tetap sabar untuk terus bangkit. You'll Never Walk Alone, slogan yang hanya penyokong LFC sahaja lebih mengerti nilainya." 


Juga Rakan baik saya, saudara Johardy Ibrahim melalui kolumnya Aura Kenny Dalglish meyakinkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh sama menyatakan: "Rasa keseronakan ini mungkin sukar dimengerti oleh bukan peminat Liverpool FC. Penyokong lawan mencemuh, mengapa sibuk fengan LFC sedangkan pasukan Reds paling akhir memenangi Liga Perdana Inggeris 20 tahun lalu dan telah dipotong oleh MUFC musim lalu dengan agregat 18-19 kejuaraan keseluruhan," Bagi peminat tegar di Malaysia, memang mengharapkan Liverpool FC bangkit semula pada musim akan datang di bawah pengurus dan pemain legenda King Kenny Dalglish. Benar, harapan jutaan peminat tegar Liverpool FC di Malaysia dan seluruh dunia kian mengunung. 


Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. Seperti mana Mastika majalah tertua di Malaysia, Liverpool FC sebuah pasukan legenda berusia 119 tahun ini masih memiliki aura yang memukau jutaan rakyat Malaysia biarpun sedang berusaha menggilap kembali dirinya sebagai sang JUARA. PENULIS: SAHIDAN JAAFAR! 


0 YNWA:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...