Suarez digantung 8 perlawanan dan didenda £40000

Awal pagi tadi kita telah mendapat pengesahan berkenaan kes Luis Suarez dan Patrice Evra di mana pihak England FA (Football Association) telah mengenakan hukuman penggantungan 8 perlawanan terhadap beliau, dan turut didenda £40000.

Post Reviu: Aston Villa 0 Liverpool 2

Malam tadi kita menumbangkan Aston Villa di gelanggang mereka sendiri, terima kasih kepada 2 jaringan awal separuh masa pertama oleh Bellamy dan Skrtel melalui gerakan tendangan sudut, yang membawa kita kembali ke tangga ke-6, dan berkongsi dengan Arsenal yang berada di tempat kelima

Ketumpulan Penyerang?

Jika diperhatikan dari statistik di atas, kita hanya mampu meledak 18 gol sahaja daripada 15 perlawanan; dan hanya 15 jaringan dihasilkan oleh pemain kita (dan 3 lagi disumbangkan oleh pemain lawan). Purata jaringan yang dihasilkan adalah 1.2 dari setiap perlawanan (berbanding 3.3 dari Manchester City, 2.3 Manchester United).

'The Unlucky Maxi'

Kadang-kadang kasihan jugak dengan nasib mamat ni. Bukannya tidak bagus, malah dia banyak memberi sumbangan tatkala kita tidak menyangkakannya.

SAH! Lucas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim

Dalam info melalui laman rasmi liverpoolfc.tv, pihak pengurusan Liverpool telah mengesahkan bahawa Lucas akan diketepikan sehingga akhir musim akibat Anterior Cruciate Ligament, kecederaan bahagian ligamen yang amat serius.

Lucas cedera, Jonjo dipanggil semula...

Berita ini bukan berita yang baik buat kita sebenarnya. Lucas Leiva yang mengalami kecederaan di bahagian lutut pada perlawanan suku akhir menentang Chelsea tempoh hari berkemungkinan besar terpaksa diketepikan selama 6 bulan!

undian separuh akhir Piala Carling: Liverpool lwn Manchester City

Ekoran kekalahan Manchester United di tangan Crystal Palace awal pagi tadi, undian Separuh Akhir Piala Carling telah dilakukan dan kita akan bertemu Manchester City. Kita akan bertandang ke tempat lawan terlebih dahulu sebelum mengharungi pusingan timbal balik di Anfield

Kita ke Separuh Akhir Carling Cup!: Chelsea 0 Liverpool 2

Awal pagi tadi Stamford Bridge runtuh sekali lagi, dan sekali lagi Maxi Rodriguez yang membuka jaringan buat kita. Kemenangan yang sangat penting, dan membawa kita ke peringkat separuh akhir Piala Carling. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi arkitek kepada 2 jaringan kita harus diberi kepada Craig Bellamy.

Magis Liverpool FC (petikan MASTIKA September 2011)

Dari segi ranking, pasukan Liverpool masih menduduki nombor 1 di sanubari hati rakyat Malaysia. Penulis sendiri merasakan Liverpool FC umpama Mastika sebuah majalah nombor 1 di negara kita yang masih diminati jutaan pembaca. ...

31 Disember, 2010

Selamat Tahun Baru 2011 dari My-Reds

30 Disember, 2010

Preview BPL: Liverpool V Bolton



Info Siaran Langsung:
1 Januari 2011. 11 malam. ESPN

Perlawanan pertama di tahun baru 2011 dan bakal berlangsung di Anfield. Perlawanan terakhir di Anfield untuk tahun 2010 menyaksikan kita kecundang 0-1 dan harapnya tahun baru 2011 dapat memberi sinar baru buat The Reds. Kita yang kini berada di tangga ke-12 memerlukan kemenangan demi kemenangan untuk memburu semula peluang ke persaingan Eropah tahun hadapan. Pada masa ini, mungkin "top 4" sudah bolehlah dilupakan (apatah lagi kejuaraan liga) namun kita berharap pemain tidak akan putus asa untuk memperbaiki prestasi pasukan.

Diharap RH tidak akan membuat kesilapan percaturan seperti perlawanan menentang Wolves. Saya mengharapkan agar RH akan meletakkan Gerrard kembali ke belakang Torres sebagai supporting striker dan mengembalikan gandingan Agger-Skrtel di centre back, manakala Kuyt juga bermain di sebelah kanan manakala Maxi di sebelah kiri. Walaubagaimanapun, ini semua terpulang kepada RH kerana beliau lebih tahu untuk mencorakkan strategi....

Mungkin letih untuk terus berharap setiap kali. Tapi percayalah, Liverpool masih kelab yang saya sayangi. YNWA

Barisan kemungkinan: Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Aurelio, Lucas, Meireles, Kuyt, Maxi, Gerrard, Torres

Post Review BPL: Liverpool 0 Wolves 1



Tewas 0-1 di Anfield. Tiada review untuk match ini kerana saya tidak menontonnya. Kecewa, 2 minggu menunggu aksi Liverpool dan tewas pula. Lebih kecewa kerana di Anfield. Terima kasih untuk berita yang tidak menggembirakan ini di pagi ini. Walk On

29 Disember, 2010

Preview BPL: Liverpool V Wolves



Info Siaran Langsung:
30 Disember 2010. 4 pagi. Astro 813

Setelah 2 perlawanan berturut-turut dibatalkan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, diharapkan perlawanan esok pagi di Anfield akan kembali menghidangkan aksi kelab kesayangan kita ini bagi melalui perlawanan terakhir dalam tahun 2010 ini. Pada musim lepas, kita berjaya mengalahkan Wolves 2-0 ketika boxing day hasil jaringan kapten kita, Steven Gerrard dan Yossi Benayoun.

Kita mendapat perkhabaran dari Melwood bahawa Daniel Agger dan Steven Gerrard bakal kembali ke kesebelasan utama,sesuatu yang pasti menaikkan moral para pemain dan penyokong kita yang pasti rindukan kemenangan, dan yang istimewanya ialah penutup hujung tahun ini beraksi di Anfield. Selain dari itu, tempoh rehat yang agak lama diharap dapat memberi kecergasan yang tinggi buat para pemain bagi menerima kunjungan Wolves yang pasti mahu memperbaiki kedudukan mereka, kerana kini mereka di tangga terbawah liga.

Kemenangan awal pagi nanti memungkinkan kita melonjak ke tangga ke 7 (ekoran kini kita di tangga ke-12, kurang 2 perlawanan di belakang Stoke/Everton dan kurang 3 perlawanan di belakang Blackburn/Sunderland). Bersama-sama kita mengharapkan kesudahan yang sempurna di hujung tahun 2010. YNWA

Barisan kemungkinan: Pepe Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Aurelio, Lucas, Meireles, Kuyt, Maxi, Gerrard, Torres

28 Disember, 2010

RH: pemain jangan hanya fikirkan soal wang



Perkhabaran terbaru, RH telah mendedahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir pemain yang tidak mahu meninggalkan Liverpool hanya kerana faktor wang, maksudnya mereka enggan berpindah kerana gaji yang ditawarkan oleh kelab yang mahukan mereka tidak setanding gaji sekarang sekalipun mereka mungkin berpeluang beraksi lebih kerap. Sikap sebegini membantut usaha beliau untuk membina semula pasukan pada bulan Januari nanti, seperti yang dirancang bersama Pengarah Strategi Bolasepak, Damien Comolli. Dengan pintu perpindahan Januari yang akan tiba dalam beberapa hari lagi, perkara ini pasti meresahkan pengurusan kita.

Ujar Roy, "soalan yang harus ditanya kepada pemain - apakah makna bermain buat kelab atau wang kepada mereka" satu soalan yang saya rasa harus difikirkan oleh pemain-pemain tersebut. Mungkin bagi RH dia mahukan seseorang yang benar-benar mahu bermain buat Liverpool dan tidak terpaksa tinggal hanya kerana kelab yang mahukan mereka tidak mampu menyamai gaji yang ditawar di Liverpool.

Antara pemain yang dikaitkan, termasuklah Joe Cole - yang dikhabarkan akan dipinjamkan ke kelab asalnya, West Ham (kini mempunyai pendapatan 90K seminggu); Milan Jovanovic yang dikaitkan dengan perpindahan ke Hamburg dan Genoa; Ryan Babel pula dikatakan menolak tawaran ke Birmingham, Spurs dan West Ham atas faktor gaji (di mana sekarang beliau memperolehi 70K seminggu) dan Glen Johnson, yang dikatakan berselisih faham dengan RH namun masih tidak dapat mencari kelab yang mampu menandingi gajinya iaitu 120K seminggu di Anfield.

22 Disember, 2010

Rafa dipecat dari Inter, mahukah kita menerimanya kembali?



Mengikut laporan BBC, Rafa Benitez telahpun dipecat dari jawatan ketua jurulatih Inter Milan. Belum ada lagi laporan rasmi dari laman web rasmi Inter Milan (www.inter.it), tetapi dengan beberapa laporan media berkemungkinan besar berita ini adalah benar. Berikutan suara lantang Rafa yang mengkritik Presiden Inter, Massimo Moratti semasa sidang media kemenangan Inter di dalam Piala Kelab Dunia.


Rafa telah diangkat menjadi 'hero' seketika sebelum kembali menjadi 'zero'. Rafa dipercayai telah kembali ke rumahnya di Merseyside untuk menghabiskan cuti Krismas bersama keluarganya dan telah mendaftarkan anaknya, Claudia Benitez untuk sesi persekolahan di Liverpool (lihat gambar di atas)

Soalnya, sekiranya Rafa secara rasminya dipecat, adakah kita akan menerimanya kembali?


Dalam undian online yang dianjurkan oleh laman Empire of the Kop, 66.4% responden daripada 2274 pengundi mahukan Rafa untuk kembali manakala 26.78% responden tidak mahu. Sekalipun ini boleh dianggap sebagai suara majoriti, namun saya melihat ini sebagai ketidaksepakatan bakal berlaku sekiranya Rafa kembali. Pergerakan Pro dan Anti Rafa berkemungkinan akan kembali di mana saya akan melihat ini akan mengeruhkan kembali kestabilan di Melwood. Dengan polisi pembelian yang diamalkan oleh NESV, saya menjangkakan Rafa pun tidak akan gembira sekiranya beliau kembali. Tidak dinafikan Rafa begitu menyanjung kelab kita dan sejarahnya, satu point yang saya rasa seharusnya ada bagi seorang pengurus Liverpool malah kerana itulah saya amat menghormati beliau.

Namun, sekiranya beliau kembali, saya akan tetap menyokongnya. Simple as that. YNWA

21 Disember, 2010

Perlawanan Blackpool-Liverpool mungkin ditunda?



Info terkini dari Bloomfield Road menyatakan berkemungkinan perlawanan yang melibatkan Blackpool dan Liverpool Ahad ini berkemungkinan terpaksa ditunda, ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Lebih memburukkan suasana padang yang digunakan di stadium tidak mempunyai pemanas bawah tanah yang memungkinkan padang bakal diselaputi salji dan merbahaya sekiranya perlawanan diteruskan.


*Bloomfield Road - gelanggang rasmi Blackpool

Buat masa ini pihak pengurusan stadium telah meletakkan penutup di atas padang dan keadaan ini hanya dapat disahkan menjelang hari perlawanan nanti. Sekiranya perlawanan ini juga dibatalkan, perlawanan berikutnya ialah menanti kehadiran Wolverhampton pada 29 Disember 2010 di Anfield, perlawanan terakhir menjelang tahun baru 2011.

20 Disember, 2010

Perlawanan Liverpool-Fulham dibatalkan

Perlawanan Sabtu lepas di Anfield telahpun dibatalkan atas faktor keselamatan. Ini berikutan cuaca buruk di bandar Liverpool.

"sekalipun keadaan padang membolehkan perlawanan ini diteruskan, namun keadaan sekeliling stadium harus diambil kira dan kita mengambil keputusan untuk membatalkan perlawanan ini"

Perlawanan kita seterusnya ialah berkunjung ke Blackpool Ahad ini (boxing day) dalam misi membalas kekalahan memalukan di Anfield 1-2 pada 3 Oktober lepas.

17 Disember, 2010

Preview BPL: Liverpool V Fulham



Info Siaran Langsung:
Astro 817. 19 Disember. 1 pagi.

Kita telah melalui 2 perlawanan yang mengecewakan, tewas oleh Newcastle di St James Park 1-3 dan diikat 0-0 oleh Urecht FC di Anfield dalam perlawanan yang dikira agak membosankan, seharusnya perlu ditebus dalam satu lagi perlawanan liga kita yang bakal berlangsung di Anfield ini, bertemu pasukan bekas kelolaan pengurus kita, RH. Pada 11 April lepas (musim 2009/2010), kita telah diikat dengan keputusan 0-0.

RH telah melakukan 10 pertukaran dalam perlawanan Liga Europa awal pagi Khamis lepas, berkemungkinan untuk merehatkan kebanyakan pemain yang beraksi dalam perlawanan menentang Newcastle tempoh hari, dan diharapkan dengan tempoh rehat yang diberi dapat memberi kecergasan kepada para pemain. Dengar desas desus dari kem Melwood bahawa kapten kita, Steven Gerrard berkemungkinan bakal kembali setelah pulih dari kecederaan, namun masih lagi berhadapan dengan masalah kecergasan. Ini memungkinkan kita akan menurunkan kembali kesebelasan yang turun ketika bertemu Newcastle, kecuali di hadapan mungkin disandarkan kepada Torres dan Babel. Aksi cemerlang Jonjo Shelvey dan Milan Jovanovic dalam perlawanan Liga Europa baru-baru ini mungkin meletakkan mereka antara pilihan yang ideal untuk diserapkan ke kesebelasan utama sekiranya RH ingin melakukan sedikit rombakan.

Kita memang memerlukan kebangkitan kerana ketika ini moral penyokong agak down dan kita mengharapkan kebangkitan segera sebelum tahun baru. Walk On!

Skuad Pilihan: Reina, Johnson, Kyrgiakos, Skrtel, Aurelio, Lucas, Meireles, Kuyt, Maxi, Babel, Torres

16 Disember, 2010

Post Review Europa: Liverpool 0 Utrecht 0







Game yang bosan. tak tonton sampai habis.... yang penting seri 0-0. Jumpa di pusingan kalah mati nanti. Harap tak sebosan macam ni la

Skuad: Jones, Aurelio, Skrtel (Kyrgiakos), Wilson, Kelly, Jovanovic (Kuyt), Poulsen, Shelvey, Cole, Babel, Eccleston (Pacheco)

14 Disember, 2010

Preview Europa: Liverpool V Utrecht



Info Siaran Langsung:
16 Disember 2010 (Khamis). 4 pagi.
Astro Supersport

Lupakan kekecewaan di St James Park kerana kini kita kembali ke Anfield awal pagi Khamis nanti untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan K Liga Europa. Apa jua keputusan perlawanan ini nanti, kita sudahpun layak ke peringkat kalah mati melainkan kita ingin mengekalkan rekod 100% tanpa kalah dalam saingan Eropah di bawah bimbingan Roy Hodgson.

Dijangkakan RH akan menurunkan barisan muda/simpanan kerana pada hari Sabtu nanti kita akan menanti kelab bekas bimbingan RH, Fulham juga di Anfield. Dengan dua aksi di tempat sendiri minggu ini diharap dapat menceriakan kembali penyokong kita. YNWA

Barisan Kemungkinan: Pepe Reina, Kelly, Wilson, Kyrgiakos, Aurelio, Spearing, Poulsen, Shelvey, Jovanovic, Pacheco, Babel

13 Disember, 2010

Statistik: Badi di tempat lawan?



Tewasnya kita di St James Park awal pagi Ahad lepas memberikan kita kekalahan keenam buat Liverpool, setakat aksi 9 perlawanan di tempat lawan musim ini. Kita masih ada 10 perlawanan di tempat lawan di dalam persaingan liga dan sekiranya diukur dari prestasi semasa, kita mungkin akan terlepas peluang kembali ke Champion League musim hadapan.

Saya tidak mahu menuding jari kepada siapa untuk dipersalahkan, malah dalam beberapa game di tempat lawan musim ini, kita dapat melihat pemain turut bermain dalam attacking minded team. Adakah nasib tidak menyebelahi kita? Dalam perlawanan terakhir di Newcastle, harus dilihat kita melakukan 7 short on target berbanding 5 daripada Newcastle tetapi kita masih tewas juga. Begitu jua dalam perlawanan menentang Everton dan Manchester United.

1. Adakah kita harus menyalahkan Roy Hodgson 100% dalam senario ini?
2. Adakah pemain penyerang kita sudah kehilangan taring?
3. Apakah pemain pertahanan kita terlalu ampuh?
4. Apakah pemain secara keseluruhan mudah hilang fokus?
5. Adakah ini dinamakan badi?

1001 persoalan terus menghantui prestasi skuad kita dan sudah tentunya aksi di tempat lawan banyak mengecewakan pasukan kita musim ini. Jika dilihat musim 2009/2010 tidak kurang kecewa juga, kerana kali terakhir kita menang di tempat lawan ialah pada bulan April 2010 menentang Burnley, namun sebelum itu aksi kemenangan di tempat lawan ialah ketika menewaskan Aston Villa 1-0 pada 29/12/2009, 4 bulan untuk kemenangan seterusnya!

Sesuatu harus dilakukan. Mungkin kita harus menghapuskan badi ini segera. Kita sudah tidak mahu dijadikan bahan jenaka lagi. Walk on!

Post Review BPL: Newcastle 3 Liverpool 1



Tiada apa lagi yang mampu diperkatakan, badi untuk mencapai kemenangan di tempat lawan tampak semakin sinonim dengan The Reds di musim 2010/2011. Kelmarin, kita telah membuktikan sekali lagi bahawa kita masih gagal menghapuskan badi berkenaan dengan tewas di St James Park, di tangan Newcastle 1-3; satu kemenangan yang memberikan moral yang tinggi buat pengurus baru mereka Alan Pardew, yang baru sahaja dilantik minggu ini.

Sekalipun kita menurunkan hampir keseluruhan barisan yang sama seperti menewaskan Aston Villa awal minggu ini, ditambah dengan menurunkan kembali Fernando Torres – ternyata persembahan pasukan RH dilihat begitu tidak meyakinkan; sekalipun kita melakukan lebih banyak percubaan berbanding Newcastle. Didahului seawal minit ke-15 melalui Kevin Nolan, Dirk Kuyt berjaya menceriakan kita sebentar apabila menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua. Ketika dilihat kita cuba mengasak ke pintu gol Newcastle, kita dikecewakan dengan jaringan Joey Barton ketika perlawanan tinggal 10 minit lagi dan Andy Carroll melengkapkan malam kekecewaan kita dengan jaringan cantik dari luar petak penalti di waktu kecederaan.

Kekalahan ini meletakkan kita kembali ke tangga ke-9; dan persoalan tentang aksi di tempat lawan seharusnya diambil berat dengan segera. Kita tidak mahu menjadi ‘jaguh Anfield’ sahaja dan kita harus kembali ke landasan persaingan liga. Ketika ini ramai yang sudah memperkatakan harapan untuk kembali ke ‘top four’ sudah semakin tertutup – tetapi kita harus punya kepercayaan bahawa “Liverpool akan kembali”. Walk On!

Skuad: Reina, Johnson, Kyrgiakos, Skrtel, Konchelsky, Lucas, Meireles, Kuyt, Maxi (Jovanovic), Ngog (Babel), Torres

11 Disember, 2010

Lucas Leiva: kelahiran semula?



Untuk 2 musim berturut-turut semenjak menyertai kita dari kelab kelahiran negaranya, Grêmio, bekas pemenang Bola de Ouro tahun 2006 seringkali dikritik, malah dijadikan alasan dan mangsa hentaman para penyokong The Reds, lebih-lebih lagi kerana beliau dilihat seperti tidak berfungsi dan bak kata salah seorang rakan saya "Lucas seperti bersiar-siar di tengah padang sahaja". Tetapi, anak muda berusia 23 tahun ini tidak pernah putus asa - malah kini, ramai yang sudah mula memuji kelibat beliau malah berharap Lucas sentiasa berada di dalam kesebelasan utama. Apa yang menariknya ialah gandingan beliau bersama Raul Meireles (yang baru-baru ini dipilih sebagai pemain terbaik LFC-SC bulan November) telah dilihat semakin serasi dan tidak kurang ramai yang menyamakan gandingan mereka persis era Xabi Alonso-Steven Gerrard. Adakah Lucas kini sudahpun dilahirkan semula setelah aksi 'hampir mati' selama 2 musim ini?

Tambah menarik, aksi Lucas mula mencuri tumpuan semenjak kita kehilangan khidmat ketua pasukan, Steven Gerrard yang terpaksa berehat ekoran kecederaan setelah aksi antarabangsa. Ini diakui oleh teman sepasukan, Dirk Kuyt yang memuji aksi Lucas dalam temubual di laman rasmi kita, liverpoolfc.tv, "Lucas telah beraksi sangat baik akhir-akhir ini dan mula berkembang menjadi pemain yang terbaik" Kuyt juga melihat gandingan Lucas-Meireles sangat ideal kerana fungsi keduanya yang seringkali 'switch' position antara holding dan passing midfielder, seterusnya membantu bahagian hadapan untuk menjanakan gol, sesuatu yang kita hilang pada musim lepas dan awal musim ini. Ini ditambah dengan kenyataan pengurus, Roy Hodgson yang turut memuji aksi Lucas malah kini telahpun memberitakan bakal menawarkan kontrak baru buat Lucas.


*Raul Meireles, pemain terbaik LFC-SC November 2010 dilihat semakin serasi bersama Lucas

Jika dahulu ramai yang berharap beliau untuk tidak diturunkan, kini kita mahu dia di kesebelasan utama. Diharap pemain muda terbaik kita musim lepas ini akan mengekalkan prestasi yang cemerlang ini dan mungkin lebih baik, dalam usaha kita untuk kembali ke Champion League musim hadapan.

Persoalannya, apabila Gerrard kembali kesebelasan utama nanti, adakah kita akan memecahkan gandingan ini (Raul-Lucas) ATAU mengekalkan dan meletakkan semula gandingan hadapan Gerrard-Torres? YNWA

10 Disember, 2010

Tahniah Torres...eh Alonso kembali ke Anfield?


My-Reds mengucapkan tahniah buat Fernando Torres dan isterinya Olalla di atas kelahiran anak lelaki mereka yang dinamakan Leo pada malam perlawanan Liverpool menentang Aston Villa tempoh hari. Mungkin tuah anak jati Liverpool yang dilahirkan oleh mereka, Liverpool menang 3-0 dalam perlawanan itu. Leo adalah anak lelaki pertama pasangan berkenaan dan anak kedua mereka selepas Nora, yang dilahirkan 17 bulan lepas. Diberitakan bekas rakan sepasukan Liverpool beliau, Xabi Alonso turut berada menyambut kelahiran anak baru Torres. Begitulah kata orang, air dicincang tidak akan putus - begitulah tali persahabatan mereka.



Dari laman tweet Xabi Alonso memberitakan bahawa beliau amat gembira kembali ke Anfield dan turut menyaksikan perlawanan kita menentang Villa dan kemudiannya terus bergegas ke hospital untuk bersama Torres dan Olalla. Terima kasih kepada Alonso dan kita di Liverpool sentiasa merindukan kelibat beliau. Agaknya beliau dah tengok sendiri pasangan "Lucas-Meireles" yang persis seperti pasangan beliau dan Gerrard dahulu, ye tak?

Sekali lagi, tahniah buat Papa Torres dan buat Alonso, kami sentiasa berharap kamu akan kembali. YNWA

Preview BPL: Newcastle V Liverpool



Info Siaran Langsung:
12 Disember 2010 (Ahad). 1:30 pagi.
Astro Supersports 3 (817)
Live Gath:
LOL Cafe, Tropika Corner, Silverspoons KD

Kita akan berkunjung ke St James Park pada awal pagi Ahad nanti menentang The Magpies yang baru sahaja memecat pengurus mereka Chris Hughton baru-baru ini dan kini buat sementara dikendali oleh bekas pemain kita, Peter Beardsley (LFC 1987-1991). Pada kunjungan terakhir kita di sana (musim 2008/2009), kita telah membelasah Newcastle dengan jaringan 5-1 hasil jaringan Gerrard (2 jaringan), Babel, Hyppia dan Alonso.

Dijangkakan RH akan mengekalkan hampir keseluruhan barisan yang turun ketika menewaskan Aston Villa tempoh hari dan mungkin hanya membuat pertukaran yang sangat minima (sama ada Torres menggantikan Ngog atau Babel) dan apa yang pasti diharapkan RH akan mengekalkan gandingan tengah kita yang sedang meningkat naik iaitu Lucas-Meireles yang dilihat amat serasi, tidak melampau diperkatakan ia persis gandingan Alonso-Gerrard suatu ketika dahulu. Berkenaan Steven Gerrard yang diperkatakan mungkin bakal kembali dalam perlawanan ini mungkin dijangka tidak akan berada dalam kesebelasan utama (sama ada beliau di dalam bangku simpanan atau direhatkan untuk perlawanan seterusnya) manakala kita mengharapkan Fernando Torres yang mendapat inspirasi tertinggi dengan lahirnya anak kedua beliau, Leo Torres pada hari Selasa lepas untuk beraksi lebih baik dan rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah buat El Nino yang menjadi ayah buat kali kedua.

Kita jarang sekali gagal di St James Park dan diharap tuah itu berterusan walaupun kita sedar prestasi pasukan kita di tempat lawan agak terumbang ambing musim ini. Selamat maju jaya buat The Reds. YNWA

Barisan Pilihan: Reina, Johnson, Kyrgiakos, Skrtel, Konchelsky, Lucas, Meireles, Kuyt, Maxi, Babel (atau Ngog), Torres

*info terkini: Newcastle baru sahaja melantik Alan Pardew sebagai pengurus baru mereka. Pardew pernah mengurus West Ham (2003-2006, termasuk ketika final Piala FA di mana kita menang ketika itu), Charlton Athletic dan Southampton.

09 Disember, 2010

Pergi Sudah Charles Itandje



Masihkah kita ingat Charles Itandje? penjaga gol simpanan kita yang ditangkap oleh media mengolok-olokkan peristiwa memorial Hillsborough ketika majlis berlangsung? Ketika itu kelibat beliau langsung tidak kelihatan. Baru-baru ini beliau telah disahkan akan meninggalkan kita dan dijangka menyertai kelab Greek, Atromitos pada 1 Januari 2011. Beliau hanya membuat 7 penampilan buat kita dalam pertandingan Piala FA dan Piala Liga sepanjang musim 2007/2008.

Khabarnya: 2 bintang Amerika Selatan dikaitkan Januari ini

Masihkah kita ingat penyerang Uruguay yang menampan bola di hadapan pintu gol sendiri, yang mana kemudiannya penalti disia-siakan oleh penyerang Ghana semasa Piala Dunia tempoh hari? Inilah orangnya, Luis Suarez, yang juga kini kapten Ajax Ansterdam. Beliau dikatakan telah berbincang dengan ejennya untuk berpindah keluar dari Ajax setelah kecewa pengurus Martin Jol dipecat dari kelab berkenaan dan mahu perpindahan seawalnya Januari ini - juga dikaitkan dengan Tottenham Hotspurs dan Arsenal. Sebagai rekod, beliau telah menyumbangkan 12 gol daripada 21 penampilan musim ini sahaja bersama Ajax (jumlah: 110 gol daripada 154 penampilan semenjak 2007) membuktikan beliau bakal menjadi side striker yang sangat sesuai bersama Fernando Torres nanti.

Dengan harga yang dikatakan sekitar £9 juta serta baru berusia 23 tahun, ini mungkin pembelian yang sangat bijak.



Dalam tidak semena-mena, kita turut dikaitkan dengan bintang sensasi AC Milan dan Brazil, iaitu Ronaldinho untuk perpindahan Januari nanti. Pasti ramai di antara kita sangat kenal dengan pemain ini dan kedatangan beliau ke Anfield pasti menjadi satu berita hangat. Namun begitu, secara peribadi saya tidak tertarik dengan berita ini kerana di samping usianya yang sudah menjangkau 30 tahun, beliau dilihat bukan lagi di kemuncak kariernya seperti di era Barcelona.

Tetapi jika beliau hadir jua, saya akan memberikan sokongan kepadanya.

07 Disember, 2010

Memori Houllier di Anfield...



Gerard Houllier memuji apa yang ditunjukkan oleh para penyokong The Reds yang masih mengenang diri sebagai bekas pengurus Liverpool, walaupun pada kali ini kehadiran dirinya ke Anfield sebagai seorang pengurus untuk pasukan lawan iaitu Aston Villa.

Ujar beliau Fans sangat baik dan sangat menghormati kehadiran saya di Anfield, terdapat juga banner pada awal permainan, melihatkan kepada apa yang dilakukan oleh Fans saya merasa sangat tersentuh dengan apa yang cuba disampaikan oleh para penyokong. Ini menunjukkan bahawa penyokong masih mengingati saya. Memang sukar untuk diperkatakan kekalahan 3-0 kepada Liverpool, tetapi saya memang suka kepada Liverpool

Berikut serba sedikit mengenai Gerard Houllier:
- Dilahirkan pada 3 September 1947 di Thérouanne, France kini berumur 63 tahun.
- Menyertai Liverpool pada Julai 1998, iaitu hasil ajakkan dari pengurus ketika itu Roy Evans.
- Ringkasan kejayaan beliau sewaktu di Liverpool:
UEFA Cup: 2001
UEFA Super Cup: 2001
FA Cup: 2001
Football League Cup: 2001, 2003
FA Community Shield: 2001
UEFA Nitro Cup: 2001
- Tahun 2001 boleh dikatakan tahun yang paling berjaya buat GH sewaktu kendalian beliau di Liverpool, bukan sahaja merangkul 3 piala, malah 5 piala (hanya Liga Perdana yang tidak berjaya diperoleh)
- Sepanjang kendalian beliau selama 6 tahun mengemudi Liverpool, beliau telah mengharungi 325 perlawanan dengan ratio 50.8% kemenangan secara keseluruhan (165 kemenangan, 81 seri, 79 kalah)

Terima kasih, GH.

Rekod buat Reina!



Berakhirnya kemenangan awal pagi tadi 3-0 ke atas Aston Villa bermakna satu rekod baru dicatatkan oleh individu kita, iaitu tidak lain tidak bukan penjaga gol kita Pepe Reina apabila beliau mencatatkan rekod tanpa bolos untuk perlawanan ke-100 terpantas dalam sejarah Liverpool; di mana dicatatkan dalam perlawanan ke-198 mengatasi rekod penjaga gol legenda kita, Ray Clemence yang mencatat perlawanan tanpa bolos ke-100 pada 217 penampilan. Untuk sebagai rekod, Bruce Grobbelaar pada 225 penampilan manakala Elisha Scott pada 283 penampilan.

Tahniah buat Reina, You'll Never Walk Alone.

Post Review BPL: Liverpool 3 Villa 0



Kita menang 3-0 di Anfield awal pagi tadi ke atas Villa, membalas kekalahan 1-3 di tempat yang sama musim lepas. Persembahan meyakinkan dari kesebelasan anak buah RH sekalipun kita turun tanpa 3 tonggak utama; Carra, Gerrard dan Torres – tidak menurunkan moral pemain lain untuk melonjakkan kita ke tangga ke-8 kepada 22 mata sekaligus mengurangkan defisit mata kepada 7 daripada pasukan tempat keempat, Manchester City.

Memulakan aksi garang dengan tandukan Ngog pada minit ke-14, sebelum Ryan Babel kembali ke persada jaringan dengan rembatan 2 minit kemudian memberi kita kelebihan 2-0 di akhir separuh masa pertama. Maxi Rodriguez menebus kekecewaan ketika perlawanan menentang Spurs tempoh hari dengan menyudahkan hantaran Ngog dengan jaringan ketiga pada minit ke-55. Kita hampir mendapatkan gol keempat melalui Glen Johnson malangnya dinafikan oleh penjaga gol Villa sekalipun melepasi 2 pertahanan lawan.

Satu keputusan yang memberangsangkan dan semestinya menaikkan moral kita dalam lawatan Sabtu ini ke St James Park menentang Newcastle. Saya ingin memuji gandingan Lucas-Meireles di bahagian tengah yang dilihat semakin serasi; serta Ngog yang terlibat dalam ketiga-tiga gol kita awal pagi tadi. Di akhir perlawanan dilihat penyokong kita menyanyikan lagu chant buat Gerrard Houllier, sebagai satu tribute atas jasa beliau selama 6 tahun. That’s why we are the best supporters in the world. YNWA

Skuad: Reina, Johnson, Kyrgiakos (Kelly), Skrtel, Konchelsky, Lucas, Meireles, Kuyt (Joe Cole), Maxi (Aurelio), Ngog, Babel

06 Disember, 2010

Khabarnya: Jova mungkin terpaksa tinggalkan Anfield



Milan Jovanovic, mungkin terpaksa meninggalkan Liverpool Januari ini sekiranya beliau terus diletakkan di bangku simpanan, ujar ejen beliau, Cvijan Milosevic - lapor website goal.com

Jova yang hadir semasa perpindahan musim panas secara percuma dari Standard Liege kini sedang bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, di mana beliau lebih banyak beraksi di persaingan Eropah berbanding liga. Semenjak menyertai kita, beliau hanya membuat 12 penampilan buat Liverpool, 6 daripadanya ialah di dalam Liga Europa di mana beliau menyumbangkan 3 gol - termasuk yang terkini dalam kunjungan di Bucharest.

Berita ini belum dipastikan 100% benar, namun khabarnya beliau telah mendapat perhatian dari kelab seperti Anderlecht dan juga beberapa kelab di Sepanyol, Jerman dan Belanda (yang tidak didedahkan namanya).

Preview BPL: Liverpool V Villa



Info Siaran Langsung:
7 Disember 2010 (Selasa). 4 pagi. ESPN

Awal pagi Selasa nanti (waktu Malaysia), kita akan menanti kehadiran Aston Villa di Anfield, pasukan yang telah menewaskan kita 1-3 di gelanggang yang sama musim lepas. Ketika ini, Villa berada 5 anak tangga di bawah kita sekalipun hanya ada 2 mata yang memisahkan – seterusnya memberi gambaran bahawa mereka tidak mungkin akan memberi laluan mudah buat kita. Menarik tentang pertemuan ini sudah pastilah kembalinya bekas pengendali kita, Gerrard Houllier ke Anfield, nama yang pernah membimbing kita selama 6 musim dari 1998 sehingga 2004, termasuk kejayaan treble pada tahun 2001.


Namun pertemuan ‘memori Anfield‘ buat Houllier bukanlah satu-satunya agenda kerana yang penting bagi kita adalah untuk mengutip 3 mata penuh dan sekiranya terhasil, kita akan menduduki tangga ketujuh, kedudukan terbaik setakat ini di dalam musim 2010/2011 – sesuatu yang harus diingat oleh anak-anak buah RH. Suatu berita baik ialah Villa hanya menang sekali daripada 6 pertemuan terakhir liga mereka setakat ini (6 mata daripada 6 perlawanan, manakala kita menang 3 kali dalam 6 pertemuan terakhir liga) dan memberi gambaran berkemungkinan Villa di dalam keadaan “off form”, namun di dalam bolasepak segalanya adalah mungkin.

Kita mengharapkan yang terbaik dari skuad RH. Bagi kita di Malaysia, sudah pastilah kita mengharapkan pengorbanan untuk bangun pada pukul 4 pagi ‘berbaloi’ dengan kemenangan berpihak kepada kita. YNWA

Skuad Pilihan: Reina, Johnson, Kyrgiakos, Skrtel, Konchelsky, Lucas, Meireles, Kuyt, Maxi, Ngog, Torres

03 Disember, 2010

Post Review Europa: Steaua 1 Liverpool 1



Kita layak ke pusingan kedua 32 pasukan Liga Europa meskipun diikat seri 1-1 dengan pasukan tuan rumah, Steaua awal pagi tadi. Sekalipun permainan dianggap kurang menarik, sesuatu yang harus dibanggakan ialah prestasi pemain muda yang berjaya mengekang asakan tuan rumah, dan seterusnya mencapai target minima dalam perlawanan ini.

RH melakukan 10 pertukaran; dengan menurunkan pemain muda seperti Shelvey, Pacheco, Kelly dan Wilson serta kembalinya Joe Cole, Aurelio, Kyrgiakos, Jovanovic dan Babel dalam kesebelasan utama ternyata memberi satu aksi berlainan dari skuad kita. Memulakan aksi garang dengan jaringan dari Milan Jovanovic pada minit ke-19, malangnya kelebihan 1-0 dinafikan dengan kesilapan mudah dari penjaga gol merangkap ketua pasukan kita, Pepe Reina pada minit ke-61 seterusnya mengikat keputusan 1-1.

Kita kini mengutip 11 mata daripada 5 perlawanan, dan masih lagi mengekalkan rekod 100% tanpa tewas dalam persaingan Eropah di bawah bimbingan Roy Hodgson. Perlawanan terakhir menentang Uthrect pula dijangka hanya akan melengkapkan jadual, namun diharapkan kita tidak akan tewas.

Tahniah kepada skuad The Reds! YNWA

02 Disember, 2010

Stevie G bakal kembali 11 Disember ini..



Ini satu berita baik buat kita semua. Pengarah Perubatan Sains Sukan Liverpool, Dr Peter Brukner meneruskan 'keajaiban' memulihkan kecederaan pemain apabila mengesahkan bahawa kapten kita, Steven Gerrard sudah bersedia untuk kembali menjalani latihan minggu hadapan dan berkemungkinan kembali beraksi pada perlawanan menentang Newcastle pada 11 Disember nanti.

Sekalipun pada permulaan diagnosis Gerrard mungkin bakal terlepas aksi sehingga tahun baru, namun kini beliau sudah mula menjalani latihan larian dan mungkin bakal menyertai rakan-rakan sepasukan lain minggu hadapan, ujar Dr Brukner lagi.

Ini pasti akan menaikkan moral ahli pasukan lain dalam usaha kita memperbaiki kedudukan liga yang mana kita kini berada di tangga ke-10 liga. Com'on Captain Fantastic, we need you!

Preview Europa: Steaua V Liverpool



Info Siaran Langsung:
3 Disember 2010 (Jumaat), 1:55 pagi
Astro Supersports 3 (Channel 817)

Awal pagi Jumaat ini kita akan berkunjung ke kota Bucharest, Romania bagi menghadapi perlawanan kelima Liga Europa Kumpulan K menentang kelab paling berjaya dalam sejarah Romania, Steaua. Dalam perlawanan ini kita hanya memerlukan sekurang-kurangnya seri bagi melayakkan kita ke pusingan kalah mati 32 pasukan dalam Liga Europa. Dalam perlawanan pertama di Anfield, kita telah menang 4-1; terima kasih kepada 2 jaringan daripada Ngog, 1 masing-masing dari Lucas dan Joe Cole.

Berita kecederaan 12 minggu dari penyandang kapten, Jamie Carragher memberitakan bahawa penjaga gol utama kita, Pepe Reina bakal menggalas tugas tersebut. RH juga telah memberi gambaran bahawa kita bakal menurunkan ramai pemain muda dalam perlawanan ini, bermakna nama-nama seperti Martin Kelly, Danny Wilson, Jonjo Shelvey, Dani Pacheco dan Nathan Eccleston bakal diturunkan. Ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada pemain-pemain utama kita untuk berehat menjelang pertemuan liga menentang Aston Villa hujung minggu ini, malah memberi peluang kepada pemain-pemain muda ini untuk mengintai peluang diserapkan ke kesebelasan skuad utama.

Sekalipun hanya seri diperlukan dalam perlawanan ini, kita mengharapkan barisan skuad yang bakal diturunkan nanti dapat memberi saingan dan seterusnya membawa kemenangan untuk bekalan selesa ke peringkat seterusnya. Semoga berjaya! YNWA

Barisan Pilihan: Pepe Reina, Martin Kelly, Sotiris Kyrgiakos, Martin Skrtel, Fabio Aurelio, Lucas, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Milan Jovanovic, Daniel Pacheco, David Ngog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...