Pilihan Penulis untuk musim 2009/2010
Pembelian paling mengecewakan: Alberto Aquilani (20 juta)
Pencapaian terbaik: separuh akhir Liga Europa
| 2009/10 Kedudukan Liga: English Premier League | ||||||
| P | M | K | S | GD | Mata | |
| Posisi Akhir: 7 | ||||||
| Liverpool | 38 | 18 | 11 | 9 | 26 | 63 |
| Kumpulan E: Champion League 2009/2010 | ||||||
| Kelab | P | M | K | S | GD | Mata |
| ACF Fiorentina | 6 | 5 | 0 | 1 | 7 | 15 |
| Olympique Lyon | 6 | 4 | 1 | 1 | 9 | 13 |
| Liverpool | 6 | 2 | 1 | 3 | -2 | 7 |
| Debrecen | 6 | 0 | 0 | 6 | -14 | 0 |
Aksi yang hambar ditunjukkan dalam kempen Champion League musim ini, apabila hanya mampu menang 1-0 di tangan sebuah pasukan kerdil, Debrecen sebelum tewas di tangan Lyon dan Fiorentina, keajaiban Champion League ternyata bukan milik kita lagi. Tempat ketiga di dalam kumpulan E bermakna kita perlu mengharungi pusingan kalah mati Liga Europa. Aksi paling menakjubkan apabila membenam juara liga Portugal, Benfica 4-1 di Anfield juga merupakan aksi terakhir episod kegemilangan musim ini kerana setelah itu kita berterusan mengharungi keputusan yang mengecewakan.
Pusingan kalah mati (32 pasukan): Unirea Urziceni 1-0, 3-1 (menang agregat 4-1)
Pusingan suku akhir (8 pasukan): Benfica 1-2, 4-1 (menang agregat 5-3)
Pusingan separuh akhir (4 pasukan: Athletico Madrid 0-1, 2-1 (agregat 2-2, tewas peraturan jaringan tempat lawan)
| 2009/10 Senarai Penjaring dalam BPL (Liverpool) | |||||
| Pemain | Jaringan | ||||
| Fernando Torres | 18 | ||||
| Steven Gerrard | 9 | ||||
| Dirk Kuyt | 9 | ||||
| Yossi Benayoun | 6 | ||||
| David Ngog | 5 | ||||
| Ryan Babel | 4 | ||||
Musim ini sekali lagi Fernando Torres menjadi tunjang dalam jumlah jaringan terbanyak pada musim ini, dengan menjaringkan 18 gol di dalam persaingan liga (beliau hanya beraksi sebanyak 22 permainan ekoran masalah kecederaan), diikuti oleh Steven Gerrard dan Dirk Kuyt. Apa yang membanggakan ialah Torres menjadi pemain pertama dalam BPL pada musim ini yang menjaringkan 10 gol (sebelum kecederaan teruk) dan mencatat sejarah pemain terpantas dalam sejarah The Reds menyumbangkan 50 gol dalam persaingan liga. Namun begitu, masalah kecederaan yang dihadapi oleh beliau hampir sepanjang musim banyak memberi kesan kepada prestasi kita, terbukti ketika persaingan liga berbaki beberapa perlawanan (termasuk separuh akhir Liga Europa), keputusan lebih banyak memberi kekecewaan.
Pemain masuk: Glen Johnson (Portsmouth), Alberto Aquilani (AS Roma), Soto Kyrgiakos (AEK Athens), Maxi Rodriguez (Athletico Madrid)
Pemain keluar: Xabi Alonso, Alvaro Arbeloa (Read Madrid), Sebastian Leto (Panathinaikos), Andrea Dossena (Napoli), Andriy Voronin (CSKA Moscow), Paul Anderson (Nottingham Forest)
Kita mula mendapat tamparan bermula dari awal musim lagi apabila pemain tonggak musim lepas, Xabi Alonso dilepaskan ke Real Madrid bersama dengan Alvaro Arbeloa, seorang pemain pertahanan yang boleh beraksi di sebelah kanan dan kiri secara natural. Sumbangan Alonso pada musim lepas ternyata amat menakjubkan, namun difahamkan apabila beliau sendiri mahu ke Madrid, dengan jumlah tawaran yang tidak dapat ditolak, kita terpaksa melepaskannya. Pembelian bintang Itali, Alberto Aquilani yang diwar-warkan mampu menggalas tugas Alonso pula tampak mengecewakan apabila beliau berhadapan dengan masalah kecederaan hampir sepanjang musim. Namun, Aquilani kini yang sudah memulakan beberapa perlawanan sebagai pemain utama mungkin akan mampu menyinar dalam kempen 2010/2011 nanti. Mungkin "high expectation" dari penyokong kita menyebabkan beliau beraksi dalam keadaan yang tertekan, ditambah dengan masalah kecederaannya. Pemain paling berbaloi sudah pastilah Maxi Rodriguez, bukan sahaja kerana beliau dibeli secara percuma, malah diakui semenjak kehadirannya pada bulan Januari banyak mengubah keputusan ke arah lebih positif, dan ini sudah pastilah akan menjadi bekalan yang sangat bagus untuk musim akan datang.
Pepe Reina, penjaga gol #1 Liverpool mungkin layak dipilih pemain terbaik untuk sepanjang musim ini. Kita semua percaya jika tidak kerana kecekapannya, mungkin kedudukan kita akan lebih parah. Beliau yang baru menandatangani kontrak jangka panjang (untuk bersama kita selama 6 tahun lagi) benar-benar komited dan ingin menjadi legenda di Liverpool seperti Ray Clemence dan Bruce Grobbelaar, ditambah testimoni ahli pasukan yang lebih 'senior' seperti ketua dan naib ketua pasukan, Steven Gerrard dan Jamie Carragher yang membayangkan Reina mungkin bakal menjadi ketua pasukan di masa akan datang. Lucas Leiva pula dinamakan pemain paling mengecewakan kerana aksi hambarnya sepanjang musim, sekalipun beliau beraksi hampir keseluruhan kempen musim ini. Pemain terbaik Brazil 2006 ini ternyata tidak menggambarkan aksi yang sebenar malah boleh dikatakan sebagai "below average".
Berita penjualan Liverpool oleh pemilik taikun Gillette dan Hicks mungkin satu lagi berita gembira buat kita, namun apabila harga jualan yang diletakkan sehingga 800 juta mungkin akan memberi masa untuk kita mengetahui siapakah yang bakal memiliki Liverpool pada musim akan datang. Dari situ, dapatlah kita mengetahui berapakah jumlah dana yang bakal disalurkan untuk pembelian pemain baru dan juga masa hadapan Liverpool FC. Kekecewaan musim ini banyak mengajar kita untuk berusaha lebih baik pada musim hadapan kerana ini mungkin hanya satu permulaan untuk masa hadapan yang lebih sempurna. YNWA
terbaik bro....
BalasPadam